Monday, February 28, 2011

.....BrownieS MuDaH..

Salam Pagi ISnin...


Semalam tengok brownies ni kat dapur ira, dia cakap senang je nak buat ni, kalau pejam sebelah mata pun boleh buat! Mungkin sebab tu namanya brownies mudah.......sedap dimakan waktu panas-panas, masak jer anak2 dah berebut nak makan...tinggal lah setengah lagi untuk breakfast pagi ni...tapi bab nama simple tu ziey suka tak sampai 15 minit pun siap...resepi yang mudah gini sentiasa dicari-cari..maklumlah ziey banyak tugasan nak buat...



 maaflah gambar kita punye brownies tak cantik ler..blur jer..tak per yang penting makannya sedap...!!!!

Terima kasih pada Hana dan peyumbang resepi....

RESEPI BROWNIES MUDAH
sumber asal : wssary@myresipi.com
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

* 6 sb serbuk koko
* 1/4 cawan mentega cair
* 1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
* 1/2 sk vanilla
* 1/4 sk garam
* 1/3 cawan tepung gandum
* 2 butir telur
* 1 cawan kekacang - optional

Cara-cara

* Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter
* Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
* Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
* Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.


Boleh cuba pada mereka yang sentiasa dalam kesibukan cepat jer siap...

Sunday, February 27, 2011

~~~KeTaM TomYam PuTiH~~~

SelAmaT PaGi 

Salam awal minggu ermmm malas rasa nya nk mula kerja.. anak-anak pun susah nak bangun pagi dah cuti 2 hari..Pagi ni ziey nak jamu Ketam TomYaM PuTiH..tp ini bukan menu breakfast ni menu lunch semalam..dah lama ziey tak makan ketam...tetiba kat pasar ada satu gerai jer jual ketam,,,tengok besar2 dan segar jer ketam ni,,apalagi jadikan juadah lah...tapi tut...tut...ambik 2 ekor dah sekilo...kira punya kira cukup lah 2 ekor pun untuk ziey sekeluarga makan..

 mana tidaknye sekilo 2 ekor jer....ermmm tengok ketam tu penuh dengan isi...ermmm sedap ler..telur pun banyak..

 dapatlah seketol seorang......

Baha-bahan :
2 ekor ketam di bersihkan dan dpotong ikut suka
1inci halia -ditumbuk
1inci lengkuas -ditumbuk
3 ulas bawang putih -ditumbuk
1 biji bawang besar -dimayang dadu
daun limau purut
2 biji asam limau
1biji cili merah -dipotong halus
3 batang serai -ditumbuk

Cara-cara :
Masukkan ketam kedalam periuk tambah air untuk kuah. Rebus bersama halia, lengkuas, bawang putih, serai dan bawang merah.Masak sehingga mendidih dan ketam separuh masak.
Masukkan cili merah,daun limau dan perahkan asam limau.
Simple jer tomyam ketam kita..cepat pun cepat..ziey tak buat pedas sebab anak-anak suka tomyam..kalau nak pedas boleh tambah cili api...



Thursday, February 24, 2011

RenunGaN..

Santapan Rohani....

 ~~~TeMaN~~~

Kau TAk perlu mencari teman
Secantik Balqis
Jika diri tidak seindah Sulaiman

Mengapa mengharapkan
Teman Setampan Yusuf
Jika kasih tidak setulus
Zulaikha

Kau tak perlu menjadi
Seteguh Ibrahim
Jika diri mu tak sekuat 
Hajar dan Sarah

Dan mengapa didamba teman hidup
Seistimewa Khadijah
Jika diri tak sempurna 
"RASULULLAH"

~~~LemPenG Kelate~~~

Salam PaGi...

 Sarapan yang terhidang pagi tadi...bangun jer dari tidur ermmm,,tak terfikir nak masak apa untuk anak-anak ke sekolah..apa lagi buat kuih gandum paling cepat..tak tahu ler kekawan kenal dan biasa dengar tak lempeng...nak n3 kat blog pun rasa mcm kelakar..tapi itu jer bahasa yang kita guna..hehehee..jangan mare yer...Lempeng favorite izzah...memang pengemar lempeng...dah makan kat rumah nak lagi bawa bekal ke sekolah..nasib baik mama buat lebih yer..


     ini lah rupa Lempeng kegemaran Izzah...



 Bahan-bahan :

2 cawan gandum
1 cwn susu cair
1 biji telur
1/2 sb emplek
1/2 sk garam

Cara-cara :
Gaul gandum,garam,telur dan emplek. Kemudian masukkan susu cair kacau hingga tidak berketul..Sekiranya adunan agak tidak pekat tambahkan sedikit air.
Akhir sekali goreng menggunakan non stick pan. Sedap di makan dengan susu pekat atau gula.

Simple kan nak cepat-cepat boleh la buat yer...ziey memang selalu nak cepat banyak sangat tugasan bila duduk kat rumah...

~~~JahItaN MaNiK Di TuDunG~~~

Selamat PaGi...wake up..wake up...

Salam pagi buat semua pengunjung...pagi ni ziey tak jamu breakfast yer...pagi ni ziey nak jamu dengan hasil kerja malam tadi,,,tekun siapkan tudung mummy Da nak pakai pergi bandung malam nanti..terpaksalah tahan mata jap kena siapkan juge...






 Pandangan dari atas












              Pandangan dari sisi








Ermmm,,alang-alang dah pegang jarum..ziey pun mencelah untuk tudung sendiri...aaaa...begini jadinya tudung syria kita..


 Cantik tak !!!!....

Wednesday, February 23, 2011

~~~UdaNG SamBal PeTai~~~

~~~~SeLamAT PaGi~~~~

Pagi ni ziey tak boleh nak cerita pasal breakfast..tak sempat nk masak apa-apa..si kecil demam, meragam dari semalam lagi...tapi tuk dinner malam tadi ziey cuba juga siapkan masak udang sambal petai jer..yang lain beli jer..tak per lah sekali sekala beli kat kedai..kalau selalu boring juge..



sambal udang petai...

Bahan-bahan :
200 grm udang 
6-7 tangkai cili kering 
4 ulas bawang putih 
7 ulas bawang merah
sedikit belacan
petai
1/4 inci halia
garam secukup rasa
1/4 keping gula melaka
2 sudu besar air asam jawa
minyak untuk menumis

Cara-cara :

Kisar cili kering,bawang putih,bawang merah,halia,belacan dan halia. 
Panaskan minyak tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sehingga cili betul-betul masak.
Masukkan garam dan gula melaka.
Masukkan air asam jawa dan petai.Kacau sebati. Akhir sekali masukkan udang dan angkat untuk dihidangkan.

Tuesday, February 22, 2011

---------PuDiNG RoTI---------

SeLaMaT PaGi...

Pagi ni Ziey nak jamu breakfast dengan puding roti simple dan cucur udang berjagung....Puding Roti ni ziey buat untuk bawa kat ofis sempena jamuan Maulidul Rasul...semalam kepenatan tak sempat nak fikir kuih-kuih yang susah-susah jadi buat lah yang senang n cepat....memang simple sangat puding roti..15 minit pun boleh siap...budak2 pun pandai buat..anak ziey yang sulung pun pandai...nt cuba yer frenz..

 inilah rupanya puding roti yang simple itu..tp rasanya lemak dan berkrim.....

Bahan-bahan :
10 keping roti di carik-carik kecil (ziey guna roti gardenia)
2 sudu besar butter (sapu pada roti sebelum dicarik)
2 cawan susu segar
1 cawan gula (ziey guna 3/4 cawan jer)
1 cawan jagung manis (dlm tin)
5 biji telur
1 sudu esen vanilla
pewarna hijau n merah
kismis
Cara-cara :
Sapu roti dengan butter dan carikkan roti. Masukkan dalam bekas pembakar.
Putar susu segar,gula,telur,jagung manis dan esen vanila hingga kembang.(ziey masukkan dalam blender dan blen hingga berbuih).
Masukkan bahan yang diputar kedalam bekas pembakar yang ada roti tadi.
Bakar.Selepas 15 minit keluarkan letakkan pewarna dan kismis,bakar lagi sehingga masak.Lebih kurang 30-35 minit.
Sedia untuk dihidangkan.


++++ CuCUr UdaNG JaGunG+++++


Siap jer buat puding ziey tak mahu bazirkan baki jagung manis,,ziey siapkan cucur udang berjagung..yang ni anak-anak suka...boleh bawa bekal ke sekolah makan dengan kawan-kawan...

cucur udang jagung kegemaran Izzah.....

mudah  jer.....
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
Air
1 biji telur
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 cawan jagung manis
Udang dibuang kulit dan dipotong2 kecil
Sedikit daun bawang +sup
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar emplek (ziey memang suka gunakan emplek bila buat cucur sebab walau lambat makan cucur tetap kekal lembut)
Cara-cara :
Satukan tepung gandum,air,telur, baking powder,emplek,garam dan gula gaul rata. Masukkan jagung manis, udang dan daun bawang, kacau lagi sehingga sebati. Biarkan adunan lebih kurang 30 minit dan goreng pada api yang sederhana.

Monday, February 21, 2011

:::::BaWaL GoreNG BeRemPaH::::::

Dah lama tak masak bawal..tetiba singgah kat pasar tengok bawal segar jer..sedap makan panas...ziey biasa masak berempah ni pada ayam,kali ni tukar selera pada ikan pula..

Bawal berempah ni sedap makan panas-panas..seekor pun xcukup....

 Bahan-bahan :
1 ekor ikan bawal (dibersihkan & diperap dengan sedikit garam dan halia)
1 batang serai (dimayang)
 minyak masak
1 sudu kecil rempah -digiling

1sudu kecil jintan manis
1/2 biji bawang besar -digiling
2 biji bawang putih -digiling
1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili @ cili giling
Garam secukup rasa
tomato dan cili merah untuk hiasan


Cara-caranya :


Panaskan minyak diatas api yang besar. Goreng ikan hingga garing &kuning,angkat.Kecilkan api. Masukkan bahan yang digiling masak hingga naik bau.Kemudian masukkan serai,jintan manis,sos tiram dan cili sos dan garam secukup rasa.Sekiranya terlalu kering renjiskan sedikit air.Masukkan ikan gaul rata. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

^^Mee KaRi^^

SaLam TenGahAri..

Salam buat semua kekawan...harini ziey nk n3 kan mee kari yang ziey buat weekend aritu..xsempat nk n3 semalam sibuk melayan kerja kat ofis..resepi asal ziey ambil kat mesra.net dan ubah la  cikit ikut sedap tangan sendiri...

  ermmm...sedapnya..ziey suka mee kari ni...hubby pun selalu puji sedap...

Bahan-bahan :
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
(ketiga-tiga bahan ini di kisar halus)

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/1 inci halia
(dimayang halus)

1/2 batang bunga kantan (di potong halus) 

1 paket kecil serbuk kari ayam/daging alagapas
1 paket kecil serbuk kari ikan babas
(ziey gunakan campuran dua rempah ni rasa kuahnya memang sedap)
santan kelapa dari  ½ biji kelapa
air asam jawa secukupnya
garam
gula
ajinomoto
air asam jawa
minyak 


Bahan isi : 
1 ketul fishcake
1/4 paket fishball
200 gm ayam (dipotong halus) 

3 keping tauhu kering (dipotong 4)
50 gm isi kerang
50 gm isi udang

Bahan Mee :
1 bungkus mee kuning -1/2 kilo
50 gm taugeh 
50 gam sawi
(ketiga bahan ini di celur)
2 biji cili merah (dipotong nipis)
3 biji telur (direbus)
bawang goreng
daun sup
daun bawang
limau nipis 


Cara-caranya :
Mula² tumis bahan yang telah dimayang hingga kuning.. kemudian masukkan rempah kari yg telah dicampur dengan bahan kisar... masak hingga garing hingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa dan bunga kantan.. kacau 2 min dan masukkan ayam. Masukkan sedikit air dan sedikit santan cair... masak hingga ayam separuh masak.

Bila ayam sudah separuh masak.. masukkan bahan isi dan santan. letak bahan perasa secukupnya. masak dalam 5-10 min terus matikan api..


semua bahan tadi boleh dihidangkan mengikut citarasa dengan bahan yang telah di celur tadi.

Sunday, February 20, 2011

SaNTai Di PAnTai...


SeLaMat PetanG...

Weekend jer anak-anak byk habiskan masa belajar...jadi nak hilangkan rasa jemu mereka bawalah bersantai tepi pantai...Dekat jer dengan rumah ziey...PANTAI SABAK....

 JOM LAYAN GAMBAR.......




Penuh aksi papa dan Iman.......

puteriku..ika dan izzah....

AkTivItI HaRi MiNGGu....

Selamat Pagi..

Cuti tetap kerja...kerja parttime siapkan tempahan manik...sempatlah siap 2 tempahan...dari ziey duduk jer layan astro baik ambik jarum n manik buat kerja sampingan ada juga untungnya....Tengok hasilnya......


 Tempahan di bawah tangan......yang ni ziey gunakan teknik susun bunga cquien...tekun cikit sebab satu persatu kena susun.dan secara berlapis.....

Tempahan di bahagian tangan dan leher...sorry gambar tak clear sangat sebab baju warna hitam dan ziey gunakan labuci jenis kilat......

Thursday, February 17, 2011

BeLaJar .....

.....SalaM PetAnG....

Teringin sangat nak buat kek Red VelVet ni.....tengok kat dapur ira mcm best sangat kek ni.....tepung kek dah ada, bahan-bahan lain pun dah tersedia...ermmm cuba lah buat...asal cuba dah puas hati...jadi ker tak lain pasal...jadi ziey mohon izin kak maz dari Ilham Dapur copy resepi yer...

Tapi kek ziey jadi cm gini...sebabnya xsempat nak lorek Iman dah meragam,,jadi minta tolong my doter zulaikha siapkan lapisan atas...begini lah jadinye deco...n design..


 tak jadi red pun kek ziey...ini mesti ada silap ni,,,nati sapa yang kunjungi blog ni komen lah yer untuk perbaiki kesilapan heheeee...
 Begini jadinya kek red velvet version ziey..hahahaa..tapi yang pasti kek ni memang best.......


Red Velvet Marble Cheese Brownies by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) - update resipi
  • 125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60g mentega - suhu bilik
  • 110g gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah -
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Lapisan Cheese
  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
  • 60g gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese
Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.

3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...

Layan Iman....

Sekarang dah 4 bulan +,,isap jari jer keje iman.....laparlah agaknya.........

  cantiknye topi Iman.......



tengok apa tu......besarnya mata.....

LET'S DINNER

Selamat Malam...
Balik kerja terus kerja...ibu lah katakan,,,keje..keje...sempat siapkan menu malam ini....simple-simple jer ziey punye menu nak cepat siap sebelum Iman meragam...

Tengok-tengok dalam frezer ada siakap...apa lagi...pikir nak cepat siap, buat jer lah siakap stim...lagipun ziey on diet malam so sesuai sangatlah....

 Siakap stim black pepper.....menu diet ziey.....

Bahan-bahan :
seekor ikan siakap saiz kecil (utk 2-3 org makan)
1 inci halia muda
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar black pepper
1/2 biji bawang besar
sedikit daun sup +daun bawang
sebiji tomato
garam secukup rasa
1 sudu penambah rasa knorr pasti sedap

Cara-caranya :
stim ikan separuh masak besama halia dan bawang besar.
Masukkan black pepper,sos tiram,tomato,daun sup,daun bawang,knorr pasti sedap dan garam. 
Stim lagi sehingga ikan betul-betul masak.

 *ziey gunakan microvawe function untuk stim so mmg cepat lah sebab just set time,tinggal n angkat*

Menu seterusnya untuk yang gemar makan lamb..ziey xmakan lamb...jd specially buat untuk hubby...Lamb ni beli masa ronda2 kat pasaraya cuti aritu...

lamb grill.....for hubby......

menu yang simple just perap dengan rempah tandori instant dan bakar....sebelum makan perahkan asam limau cikit baru best,,yummmmm...yummmm...

Wednesday, February 16, 2011

SepanjanG cUtI MauliduLRasuL...

Salam 1 Malaysia...

Hari ini tiada apa yang nk ziey n3 kan dalam blog ini,,ermmm semalam cubalah belajar buat pizza copy resepi kat blog http://ummiaffaf.blogspot.com/ kononnya nk makan makan pizza buatan sendiri,,ermm xmenjadi pizza kita...gambar pun xmau ambik buat malu jer...harap dapat tunjuk ajar dari mana2 fren yang pandai yer...especially cik ira kita...pandai lah dia....


Akhirnya doh yg ziey bt tu jadikan roti...pun keras juge..nasib baik buat cubaan yang sedikit...terpaksa lah satu keluarga habis kan roti-roti tu...hehehe...

Monday, February 14, 2011

.....MENU BREAKFAST N DINNER

Sejak ratu hati bersekolah ni,,hari-hari asyik memikirkan menu untuk sarapan n bekalan waktu rehat mereka...kadang-kadang pening juga memikirkannye,,,pagi td sempat lah mama siapkan CHEESY PASTA xtahu la sedap atau tidak yg penting apa yang masak tu habis,,tinggal mangkuk kosong jer....



inilah cheesy pasta for breakfast...mudah n simple jer,,tp ermm best juge ika cakap....

Cheesy Pasta ni ziey buat cara mudah-mudah jer..nk habiskan stok makaroni n bahan-bahan yang ada kat dapur..takut nati tong sampah yg makan,,,rugi jer kan...just nk kongsi resepi simple mana lah tahu ada kekawan yang senasib dgn kita...

Bahan-bahan :
200 gram makaroni (direbus sehingga lembut dan di toskan)
Daging cincang, sosej atau apa2 lauk yg kegemaran anda (ziey gunakan ayam,sosej n udang)
 keju mozarella untuk tambahan
1/2 tin cendawan butang, ditoskan dan potong kecil dan nipis
1 biji bawang besar -di potong dadu
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
sedikit daun sup+daun bawang
1 sudu besar butter
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air


BAHAN SOS PUTIH :-)
2 cawan susu segar
1/2 cawan keju mozarella
1 sudu besar gandum
1 sudu besar butter
Secubit garam
Secubit gula


Cara-caranya :
  1. untuk makaroni ;-Panaskan butter dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih hingga harum, masukkan daging cincang, kacau rata dan tuang sedikit air masak sehingga daging empuk. Tambah lada hitam dan juga cendawan. Tambah garam secukup rasa dan masukkan daun sup. Masak sekejap dan masukkan makaroni yang telah direbus tadi gaul hingga sebati. Masukkan kedalam mangkuk untuk dibakar.
  2. untuk sos putih :- Panaskan butter dalam periuk.Masukkan gandum dan kacau.Kemudian masukkan susu segar kacau rata dan masukkan keju.Kacau lagi Akhir tambahkan sedikit garam.Kacau sebati,sekiranya agak kental tambahkan sedikit air.Tuangkan sos yang siap dimasak ke atas makaroni tadi. Kemudian letakkan keju yang berlebihan sebelum bakar. Bakar selama 30 - 35 minit. Bila masak boleh dihidangkan.panas-panas ....Selamat mencuba!!..

Itu siap yang breakfast....balik kerja masak lg untuk menu makan malam..simple2 jer sebab hubby n anak xmakan byk lauk just beli sup n tambah satu lauk...sempat siapkan AYAM GORENG HALIA....

inilah jadinya AYAM GORENG HALIA...
 mudah n simple jer...maklumlah ada baby semua nk cepat sebelum dia meragam...

AKTIVITI KU DI MASA LAPANG...

Bila ada masa terluang,,ada2 aje aku akan buat,,,,ermmmm hari minggu lepas sempat aku siapkan tempahan manik dari rakan ofis....maklumlah minggu ini mother n father in law ada datang jd Iman ramai pengasuh...kita tengok hasil kerja ku....


ini tempahan utk jahitan di leher n tangan,,,

ini tempahan jahitan ditangan...

maaflah yer gambar tak clear sangat maklum lah kita xde camera yang canggih guna kamera telefon jer,,,,so gambar pun xde lah nampak cantik sangat....sesiapa berminat nk tempah boleh lah...caling...caling at 019-9371700.....

nati tengok pula manik yang di jahit di tudung....
 
ini sempatlah jahit kat tempahan tudung...alih2 rasa...dah boring buat jahitan di baju buat lah pula kat tudung...saja nk cari kreativiti.....

PUTERA KU

Semalam hanya sempat masukkan gambar puteri-puteri kesayangan ku,,,arini kita tgk putera ku plak yer....baru saja 4 bulan.....

                      inilah NIK ILHAM IMAN MUSAWWIR......

 

IMAN...wif papa....gambar ni masa bersantai di tepi pantai Sabak...


 

Iman wif papa at stadium....saja servey2 penonton kelantan pd perlawanan sabtu lepas....


  Iman wif kakak n papa.......kakak keletihan baru jer habis KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS,,,,,



aaaa....ini Iman wif kak izzah,,,,iman ni adalah iras2 kak izzah nya.....gambar ni masa Iman 3 mon+.......wah....malunyer rumah bersepah...xsempat nk kemas dah shot....

Sunday, February 13, 2011

DUA PUTERIKU...

INI LAH PUTERI KESAYANGAN MAMA....1ST DOTER DAH 9YRS.(ZULAIKHA)...ERM DAH MULA NAMPAK RAJIN MENOLONG MAMA DI DAPUR..KEMAS RUMAH....MY 2ND DOTER (IZZAH) DAH MULA KENAL SEKOLAH...STANDRD 1..ADA2 AJE YG NK DITANYE BILA BALIK DARI SEKOLAH..ALMAKLUM BANYAK CAKAP KATAKAN.....

Ini lah ika n adik......gambar ni dah lama raya tahun 2009....

ERMMMM.....nati kita kenal siapa papanye pula yer....kenal tak.....ermmmm ini lah like doter like father....anak butir papa nih.....handsome tak papa saya..mama....hehehe....

 ......hehe adik n papa...

nati jap yer..kita tgk siapa mama saya....ini saya..bersama hb tercinta......