Monday, June 27, 2011

~~Koleksi Pearl Haya~~~

Assalamualaikum...

Nampaknya lama  betul dapur ziey tak berasap..sibuk dengan tugasan harian yang...sekarang dah tiba masa sibuk dengan tempahan manik..nak sediakan juadah-juadah istimewa tu tak kesempatan,,ala kadar jer..

Sekarang ramai nampak kekawan meminat tudung Pearl Haya..erm raya pun dah dekat..sambil-sambil beli untuk pakai apa kata ziey kongsi kat blogger yang meminati tudung ni sama,,,tudung PH ni memang selesa sangat pakai dan awning pun sangat lembut senang nak travel..

antara stok yang terbaru...
















Kepada rakan-rakan blogger berminat blh order...kita kasi harga menarik..hehehe...semuanya cantik-cantik..

 

Tuesday, June 21, 2011

~~Jahitan Manik lagi~~

Salam tengahari...

Hari ni pun tak ada n3 masak memasak lagi,,erm dah capai malas tahap cipan...masak juga untuk makan malam tapi ala kadar nak snap gambar pula jadi kemalasan...

Dalam keadaan malas memalas sempat lagi ziey siapkan baju raya anak dara (zulaikha) anak sulong ziey....awal-awal lagi dah buat persiapan...

ziey jahit dibahagian leher,tangan dan hadapan....


yang ni bahagian tangan

bahagian hadapan...

Si ika cakap dah tak sabar nak raya..apa tidaknya baju raya dia semua dah siap jahit tungga mama free jer nak jahit manik...

Monday, June 20, 2011

~~Baru Cuba Pearl Haya~~

Salam Semua Buat Teman.....

Nampak nya n3 masak memasak belum lagi bermula...dan lama tak ke dapur ni malas pula rasanya hehehe....saja nak publish tudung baru ziey hehehe,,jenama Pearl Haya...dah lama tergila-gila tudung ni..asal beli jer majalah Nur atau keluarga bahagian iklan Pearl Haya pasti tak ketinggalan...dah lama mencari tapi kat kelantan ni tak jumpa juga nasib baik hari tu terpandang kat blog Ira http://ummiafaf.blogspot.com dia ada beli tudung ni...

Ziey apalagi mohon bantuan Ira la kalau yang tak jumpa kat kelantan..dia lah kawan shopping kita hehehe,,,tq bebanyak yer...comel-comel tudung ni...



hehe sesuai tak...yang ni haya sport...tapi ziey pakai dengan anak tudung keras...
 

asalnya nak pakai utk raya tapi tak sabar pakai jer terus....

Sunday, June 19, 2011

~~Tempahan Manik~~

Assalamualaikum..

Hari semakin sibuk sekarang nak update blog pun tak sempat...dapur pun dah lama tak berasap hehee,,maklum ziey sekarang sibuk dengan tempahan manik,,ada yang mula hantar baju raya..ziey pun suka macam ni sebab bila dah mula puasa pasti tak sempat nak jahit...lagi-lagi yang tuan empunya sendiri pasti tak bermanik..tahun 2011 ni ziey dah mula merancang dari awal..Insyaalah yang sendiri dan 2 orang puteri sempat untuk bermanik..

yang ni tempahan dari jauh...

semua jahitan ni dibahagian bawah tangan..





Thursday, June 16, 2011

~~Selesai Sudah Exam~~

Salam Pagi..

Terasa lama tidak update blog ini..maklum ler cuti sekolah 2 minggu,,then minggu ni sambung pula dengan exam kpsl...hehehe...1st time ambil saja nak cuba nasib..lulus kandas lain cerita..Member seperjuangan dah lama ambil tapi masih tak lulus-lulus juga..biasa exam kerajaan nampak senang soalan tapi jawapan kantoi juga hihi...



Dulu bila sebut jer pasal exam kpsl erm hati malas sangat nak ambil tahu..tapi bila fikir dengan umur yang masih muuuuudaaaa hehehe ni..baik  la mencuba nasib..lagi pun exam ni bukan nya berbayar,,free jer...yang pasti nak buka buku tu malas sangat...Insyaallah cubaan pertama harap-harap dapatlah result yang sejuk hati hihi...




Monday, June 6, 2011

::Shopping!! shopping!!

Salam Pagi....

pagi-pagi lagi dah n3 pasal shopping,,apa kena lah,,hehe shopping raya...ini kerja hari minggu,,asal jalan jer tangan tak boleh diam ada aje yang nak diambil..pandai ambil pandai le bayar ek...


shopping ala kadar jer..beli kain sepasang... tailor pun dah tak mau terima untuk tempahan raya...nampaknya ziey pergi letak jer dulu nasib baik siap sebelum raya..nasib tak baik..lepas raya hehehe...

tudung-tudung yang belum di hias dengan swarosky...bila nak mulakan tugas tak tahu...nanti cari design dulu baru mulakan tugasan..hehehe..

Thursday, June 2, 2011

~~Lunch Maggi Tomyam Jer~~

Salam Tengahari....

Hari yang panas + lagi jalan yang jem cuti-cuti sekolah ni..terasa malas sangat nak kuar pejabat cari makan..kebetulan pula staf ofis semua pergi kenduri...so ziey apa lagi tempah maggi jer la..lama-lama tak makan sedap menyelerakan juga hehehe..It's Maggi TomYam...sedap nampakkan...




siap ada udang lagi tu hehe habis semangkuk...

~~Tempahan Kek Batik Coklat Dengan Cream Cheese~~

Assalamualaikum....

Tempahan dari Guru Sekolah Agama anak-anak..2 biji kek Batik Coklat Topping Cream Cheese...maklum lah cikgu ni penggemar cheese..kek batik tu dah kaya dengan rasa coklatnya...


kek ni tak boleh nak bedah siasat tengok tekstur kat dalam tu..haritu ziey ada buat untuk makan-makan bersama keluarga tapi tak sempat nak snap gambarnya...kalau nak tengok the real kek boleh klik sini cantik sangat yang Hasue punya...


Resepi pun ziey CNP dari dapur Hasue cantik jer kek batik dia punya...Mohon izin yer Hasue ziey CNP untuk dikongsikan disini yer...

 
Kek Batik Coklat
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan

* 200gm milo >boleh jer kalau nak lebihkan sedikit
* 250gm marjerin
* 2-3 sudu besar serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis atau 2/3 tin sederhana krimer pekat manis
* Biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya) Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  2. Setelah cair masukkan susu,kacau menggunakan handwhisk..masukkan milo dan koko sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehingga sebati
  3. Gaul atau kacau lagi tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
  4. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan
  5. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  6. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  7. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
Untuk cream cheese frosting ziey masih guna cream cheese yang digunakan untuk marble cheese brownies..

Bahan-bahan lapisan cheese:
  • 250g cream cheese
  • 1 cwn gula castor
  • 1 biji telur gred B
Cara-cara:
  1. Pukul cream cheese hingga gebu.
  2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.(ziey tukar sikit cara hiasan tabur biskut marrie kat atas tu)

~~1st time belajar buat cheese Tart~~

Selamat Pagi...

Semalam ziey bercuti..maklumlah anak-anak ada kat rumah bila kat ofis tak ada kerja nak disetelkan lebih baik bercuti,,lagi-lagi banyak sangat jemputan kenduri kendara...bila dah setengah hari kat rumah rasa macam boring aje...belek2 buku resepi yang dah terperap kat album tu..sekali tu terpandang pada tart...dah lama beli acuan cubanya tidak...lagi-lagi teruja dengan Ira dah mula ambil tempahan...

Cubaan pertama tidak memuaskan tapi rasa dah cukup sedap rupanya jer yang xberapa cantik hehehe...


rupanya yang tak berapa nak montok hehehe...nak lorek pun tak pandai nanti nak kena belajar dengan Hasue tq atas tunjuk ajar maya...ziey mesti cuba lagi sampai cantik hehee..


Resepi ni ziey CNP dari dapur Ira Mohon izin yer kongsi kat sini...


Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat. - ira ikut juga

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.