Thursday, November 10, 2011

~~PuluT KuniNG & REnDanG DaGinG~~

Salam pagi..1 Malaysia...


Kali pertama masak pulut kuning....biasa tahu makan jer..anak dara ziey memang suka sangat pulut....tapi yang biasa beli jer...kali ni mama buatkan yer..makan sampai kenyang yer...


Resepi ni ziey dapat kat sini  tengok senang sangat nak sediakan nya,,,macam tak percaya petang semalam dapat makan pulut kuning buatan sendiri..hehehe..
 


 Ziey CNP resepi kongsi kat sini yer...


PULUT KUNING SEGERA

Bahan-bahan ( 5-6 org makan )

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
  • 1 sdt garam
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sdb minyak masak
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
  2. Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
  3. Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
  4. Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..
  5. Selamat mencuba! ^_*


Kebetulan daging raya korban haritu banyak lagi ziey cuba siapkan rendang daging..ini pun kali pertama juga..maklumlah rajin sangat ke dapur katakan..hehehe..

resepi pun ziey ambil kat my resepi....
ziey kongsi disini yer..sedap rasa walau cubaan pertama..hehehe


RENDANG DAGING

Bahan-bahan ( Untuk 3 Hingga 4 Orang Makan )

  • 500 Gram Daging ( Dihiris Nipis )
  • 1 Helai Daun Kunyit ( Dihiris Halus )
  • 10 Tangkai Cili Kering
  • 3 Biji bawang Merah
  • 2 Biji Bawang Putih
  • 1 Batang Serai ( Dihiris Halus )
  • 1 Cm Halia ( Dihiris )
  • 1 Mangkuk kecil Santan Pekat
  • 1 Sudu Teh Serbuk Pati Ayam
  • 1/ 2 Sudu Teh Garam
  • 2 Sudu Teh Serbuk Kari Daging ( Dibancuh Sehingga Menjadi Pes )

Cara-cara

  1. Kisar Cili Kering Bersama Bawang Merah, Bawang Putih, Serai Dan Halia Sehingga Halus.
  2. Panaskan Minyak Kemudian Tumiskan Bahan Yang Telah Dikisar Sehingga Naik Wangi Kemudian Masukkan Pes Kari Daging Kacau Sehingga Sebati Kemudian Biarkan Seketika.
  3. Setelah Itu masukkan Daging Dan Kacau Sehingga Sebati Biarkan Seketika Setelah Itu Masukkan Santan, Garam Dan Serbuk pati Ayam kacau Sehingga Sebati Kemudian Biarkan Sehingga Mendidih Dan Kuah Agak Pekat Dan pecah Minyak.
  4. Akhir Sekali Masukkan Hirisan Daun Kunyit Kacau Seketika Sehingga Sebati Setelah Itu Anagkat dan Hidangkan. Selamat Mencuba.......

 

Wednesday, November 9, 2011

MakaRoni BakaR...

Assalamualaikum....Selamat Pagi.....


Sudah hampir sebulan tidak diupdate blog ini...malas ada..sibuk ada...semuanya ada..hehee...apa yang pasti blog ini masih berpunya hehee..

Pagi yang penuh rasa malas nak mula tugas...ziey nak hidangkan makaroni bakar...resepi yang dah banyak hari tertunda...



Resepi ni ziey  CNP pada web try masak  bukan apa bila tengok agak  mudah jer...Ziey kongsi disini buat semua yer...



MAkArOni BAkaR..

Bahan-bahan :

300gm macaroni
250 gm daging cincang
4 biji telor (pukul kembang)
3 sudu rempah kari
2 labu bawang besar
1 tin susu cair
1 cawan air
sedikit keju parut
minyak utk menumis & garam
 
Cara-cara :

1) rebus makaroni hingga empuk & toskan
2) kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
3) Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
4) Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
5) Masukan makaroni air dan kacau hingga mendidih.
6) Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
7) Tuangkan telor dan taburkan keju.
8) Bakar selama 180 C (45 minit}