Tuesday, May 31, 2011

~~Kek Coklat Wif Flan vanilla & coctail~~

Salam Petang

Sedap jer petang begini pekena manisan-manisan dengan tea ais hehe..mengidam la gamaknya..haha....petang ni ziey sediakan kek coklat dengan vanilla flan dan koktail...

Ini la gara-gara nak habiskan kek coklat yang ada kat dapur tu..agaknya puteri-puteri kat rumah ni dah boring dengan kek coklat ni...saja-saja ziey reka resepi tapi rasanya sedap juga lemak manis...


Kek coklat tu ziey potong kecil-kecil...masukkan dalam mangkuk...kemudian ziey masak 120gram vanilla flan dengan 1 tin susu cair...masak sehingga pekat..tuang keatas kek dan hiaskan dengan buahan koktail..sejukkan dahulu sebelum makan....


Bila dah buat macam ni laju pula makan,,mungkin sejuk dan lemak rasanya...tambah pula koktail yang berwarna ada tarikan agaknya...

~~Coklat Brownies aka Brownies Simple~~

Salam Muhibah....

Cuti-cuti sekolah banyak ler jemputan kenduri kahwin..kenduri kesyukuran,,kenduri....kenduri hehehe,,macam-macam jemputan lah yang datang...

Semalam ziey pergi kenduri kesyukuran sempena perkahwinan adik seorang kawan...saja buat kek coklat ni nak tambah dengan hadiah yang di beli...


Resepinya ziey pernah cuba sekali..kali ni cuba lagi maklumlah nak mantapkan ilmu di dada...resepi ni ziey CNP kat dapurIzah mohon izin yer izah kita pamer dan kongsikan kat sini...

RESEPI BROWNIES MUDAH

Bahan-bahan
  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 butir telur
  • 1 cawan kekacang - optional

Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter-akak juga lsapu butter
  • Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
  • Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
  • Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min

kemudian ziey hias sikit dengan simple topping

Simple Chocolate Topping:
1 cawan koko
1 cawan susu pekat
1 sb butter @ margerin @ minyak
kacau semua bahan dalam periuk dengan api kecil hingga larut sepenuhnya n boleh dituang atas kek...


~~Puding Roti Marble~~

Salam Pagi...

Bila cuti sekolah macam ni rasa malas jer nak datang ofis...bangun pun lambat jer...nak cuti pun rasa macam membazir pula duk melepak kat rumah...semalam godek-godek roti yang tak terusik tu jadikan puding..boleh la anak-anak makan sambil-sambil mengadap tv pagi ni hehe..

 tengok tu hijau kuning lagi hehe..kedah mari..hihi..saja nak clearkan pewarna hijau yang tinggal sikit jer lagi...



Puding roti ni dah banyak kali ziey buat sebab asal nak clearkan stok roti buat puding marble ni hihi...macam tak mau belajar resepi lain jer hihi...


Jom kita semak resepinya :

Puding Roti Marble
 
Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. 
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
Yang ni stok untuk baby iman bawa ke nursery..sejak iman mula gemar makan puding mamanya mula berderet menu puding hehehe...yer la ziey masak ikut kesukaan si pemakan..

Monday, May 30, 2011

~~Udang Goreng Kunyit~~

Salam Petang...

erm lambat pula n3 udang ni masuk kalau tak boleh jadikan pelengkap lunch tadi hehehe..kebetulan tengahari tadi banyak kerja yang perlu diselesaikan....



Resepi yang cukup simple tapi sedap...udang dibersihkan dan diperap sekejap dengan garam kunyit...kemudian panaskan minyak goreng udang hingga garing,,masukkan bawang besar dan cili hijau..

anak-anak ziey suka udang macam ni kadang-kadang tu.. ratah pun boleh habis sepinggan...

::Pizza Simple Budak-budak::

Salam Pagi..

Pagi-pagi lagi dah hidang pizza...mimpi ker apa nak makan pizza nih...hehehe..cuti-cuti sekolah begini sebelum pergi kerja kena lah siap b.fast untuk anak-anak...saja nak habis kan stok roti pizza yang ziey buat tempohari..rasa dah lebih seminggu kat peti ais,,baik jer ziey clearkan stok nanti boleh buat lagi,,lama-lama simpan nanti cik tong pula yang makan,,,


kali ni ziey topping dengan sosej dan chicken ball..ikut kesukaan anak-anak....resepi doh masih sama boleh tengok sini cuma topping jer ziey sapu dengan sos spaghetti perasa mushroom,tabur potongan sosej dan chicken ball...letak thousand island sos dan akhir sekali tabur mozarella cheese... simple jer kan...mesti kena simple jer kalau tak lambat sampai ofis..


Sunday, May 29, 2011

:: PudinG Pelangi KokTail ::;

Salam Tengahari...

Hari ini hari puding hehehe..pagi tadi puding belang...tengahari ni puding pelangi....ni gara-gara dah lama tak masak puding...makanan lembik-lembik macam ni boleh ler si Iman makan...suap jer pasti telan...


semasa acara potong memotong tak sempat nak snap gambar....

bahan-bahan yang ziey gunakan lebih kurang sama puding belang...boleh rujuk sini cuma kali ni ziey tambah fruit koktail 1 cawan...saja nak bagi ada rasa manis buahan koktail...sedap juga yummmy....warna yang ziey guna hijau dan pink...cantik hehehe...

::PudinG BelanG::

Assalamualaikum,,salam sejahtera..

Cuti sekolah telah bermula,,kemana destinasi percutian untuk anak-anak yer..ziey belum planning lagi nak bergerak kemana,,kebetulan papanya berkursus...nampaknya masa cuti ni cukup dengan ziey isi dengan siapkan tempahan kek dan manik jer la yer...

Sambil-sambil tu ziey siapkan menu-menu hari cuti...


Resepi puding ni ziey copi dari dapur kak yatie dah kiranya banyak hari tersimpan dalam fail masakan..akhirnya semalam baru lah menjadi..nak kata susah tak juga..tapi masa yang menyebabkan ziey tak sempat buat...


 Jom kita semak bahan-bahan nya :

Bahan-bahan ( 1 acuan sederhana )
  • 10gm serbuk agar2
  • 200gm gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dgn sedikit air panas (jun guna coklat emulco)
  • sedikit pewarna kuning
Cara-cara
  1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
  2. Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
  3. Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
  4. Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi dicampur koko.
  5. Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna coklat dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
  6. Sejukkan dan hidangkan.

puding belang ziey tak berapa nak belang tapi melapis hehehe...

~`IMan Dah 8 Bulan..sekejap Masa Berlalu~~

SAlam Pagi..

Hari ni 29.Mei,,,genap lah si boboy Iman 8 bulan...eee sekejap jer masa berlalu...dah besarlah dia...cepat sangat pergerakan masa bila ada baby ni..hari-hari membilang hari...apatah lagi menunggu perkembangan Iman setiap hari...sekarang dah mula nak merangkak...tengok 2,3 minggu lagi laju lah dia bergerak kesana sini...


 Mudah sangat tersenyum bila tengok kamera,,kalau Iman nangis sekali pun letak jer kamera pasti tersenyum....




 wif papa...pantang tengok papa jalan depan mata hulur jer tangan nak minta di angkat....pandai budak-budak sekarang...



sedondon....

mukanya yang tembam...

Thursday, May 26, 2011

~~Tempahan Simple Aje~~

Salam Petang Penutup Minggu Ini...

Wah penutup gitu...hehehe..maklumlah cuti sekolah bermula..bila anak-anak bercuti si mama sibuk la nak bercuti..macam la mamanya cikgu..Sebelum bercuti jamu mata dulu dengan manik...

Tempahan ni tak de la sarat sangat sebab tuan punya baju ni masih belajar....saja nak meriah untuk majlis kenduri hehehe..






jahitan bahagian siku tangan baju...

ini di bahagian depan baju dari dada ke bawah

jutaian tu yang adik ni minta,,jadi ziey just design simple tapi menarik...sesuai dengan pelajar...

~~Red Velvet Cake~~

Salam Pagi..

Ermm pagi ni kita breakfast dengan cheese yer..hehehe,,,pekena KeK Baldu Merah...Semalam dapat tempahan kek ni dari guru mengaji al quran anak ziey..alang-alang dah nak buat untuk dia..buat untuk ziey makan-makan sekali hehe...


Nampaknya kali ni red velvet ziey dah ada improvement hehehe..sedap sesangat...ini ada cubaan kali ketiga..amat berpuas hati..


Kali ni ziey ikut resepi kak cek -Kitchen is my world terasa nak ikut cara kak cek pula buat kek velvet ni...hehehe..bukan apa kat blog kak cek ada tunjuk satu persatu step siapkan kek ni...






Mohon izin kak cek CNP resepi kongsi kat sini yer...

RED VELVET CAKE....


BAHAN-BAHANNYA..
  • 11/4 cawan hongkong flour
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar serbuk koko  *
  • 1 sudu besar pewarna merah  *
  • 83 grams butter
  • 3/4 cawan light brown sugar
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil vanila esen
  • 1/2 cawan buttermilk ...( 1/2 cawan susu segar + 1 sudu besar lemon jus ....)
  • 1/2 sudu kecil cuka/vinegar
  • 1/2 sudu kecil baking soda.


CARA-CARA PENYEDIAANNYA
  • Campurkan tepung...garam dan baking powder...kacau sebati....ketepikan.
(Campurkan bahan2 bertanda * ngan sedikit buttermilk untuk jadikan koko paste..)


Sementara menunggu kek sejuk boleh la sedia cream cheese frosting..


CREAM CHEESE FROSTING..

BAHAN-BAHANNYA...
  • 125 grams cream cheese
  • 50 grams butter
  • 110 grams icing sugar
  • 1 cawan whipping cream
CARA-CARA PENYEDIAANNYA...
  • Menggunakan hand @ stand mixer pukul cream cheese dan butter sehingga lembut..
  • Masukkan gula icing....pukul lagi sehingga kembang dan ringan ...ketepikan kejap...
  • Pukul whipping cream hingga kembang dan ringan....
  • Campurkan sebahagian whipping cream kedalam adunan cream cheese...kaup balikkan...pas tu masukkan baki selebihnya adunan whipping cream dan kacau sebati k....siap dah....




kali ni memang tekstur kek velvet ni macam baldu...sedap...

Wednesday, May 25, 2011

~~HomeMade Coklat lagi ~~~

Salam Petang..

Terasa boring jer kat ofis ni...maklum ler staf dah ler tak ramai...minggu ni pula ada yang berkursus....ikutkan hati nak jer balik siapkan tempahan kek untuk esok hehe...tapi apakan daya kita ni makan gaji...terpaksa ler buat kerja...


anak-anak sibuk duk mengamuk minta mamanya buat coklat batang ni....ni kes hari tu buat tak menjadi...



si Izzah bawa ke sekolah kawan-kawan dia pun minta nak beli..budak-budak zaman sekarang pandai jer bab membeli...




~~TomYam Campur~~

Salam tengahari

Mai kita makan tengahari dengan rasa masam-masam pedas keenakan rasa tomyam...


 Tomyam ni ziey campur ayam,,fishball dan udang...yang mana tak makan ayam makan le udang...yang tak makan udang makan ler fishball..yang tak makan semua hirup kuah jer la hehehe..


resepi yang mudah semuanya main campak-campak hehehe..

Tomyam Campur

Bahan-bahan ( 6-7 orang )

  • 500 gm ayam(ikut suka nak potong camne)
  • 200 gm udang (jgn.letak byk. sangat makanan laut nanti berubah rasa tomyam kita)
  • fishball ikut suka
  • 5 ulas bawang putih(diketuk aje)
  • 2 biji bawang besar(dipotong wedges/ikut suka)
  • 5 biji tomato(3 biji dibelah 4 dan 2 biji diblend bersama lada besar masak)
  • 10-15 biji cili padi( ketukkan je-klu suka pedas lebihkan)
  • 2 biji lada besar masak (blend)
  • 4 batang serai(diketuk)
  • daun limau purut(buang urat tengahnya)
  • 2 biji limau nipis(ambil jusnya)
  • sayur2annya:- bunga kobis, kobis jepun/kobis biasa, daun bawang, daun sup(utk.hiasan)
  • garam,gula dan aji
  • 1 inci lengkuas(dihiris)

Cara-cara

1. Rebuskan ayam biar empuk. Masukkan air untuknya secukupnya.

2. Masukkan bahan yg. telah diblend tadi iaitu tomato dan lada besar masak.

4. Masukkan sekali serai,bawang besar,bawang putih,lengkuas dan cili padi.

5.Tambah bahan perasa dan makanan laut dan fishball tadi berserta sayur2an.

6. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan jus limau nipis tadi.

7. Tutup api dan taburkan dgn. daun bawang dan daun sup. Boleh dihidangkan. Rasanya biar masam dan pedas baru best!



:::Yogurt Steamed Cupcake :::

Salam pagi...

Selamat berbf pepagi ni yer...semalam banyak dapur ziey jejalan asyik duk tayang jer cupcake ni...eeee ziey ni beli yogurt dari hari jumaat lagi akhirnya balik kerja semalam kita godek juga sampai jadi...hehehe..jeles la tu yer tengok kekawan duk tayang....



 Nasib baik ada anak dara dapat juga menolong isikan dalam cupies...tq kakak...



Jom kita tengok resepi yang ziey CNP dari dapur Ira -Bila Masa Terluang Mohon izin yer ziey tayang resepi kat sini...

KEK CAWAN YOGURT KUKUS
Oleh : Naz's COSK
Resepi Asal Oleh : Rima

Bahan-bahan :
  • 2 cawan gula (Naz kurangkan menjadi 1 cawan)
  • 1 tsp ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan yogurt asli (plain yogurt)
  • 2 biji telur
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 1 tsp serbuk koko
  • 1 tsp pes coklat
Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko dan pes coklat ke dalam mangkuk pengadun.
  3. Dengan menggunakan high speed, putar adunan hingga menjadi pekat selama beberapa minit. Adunan akan menjadi pucat warnanya.
  4. Asingkan sedikit adunan iaitu lebih kurang 5 Tbsp ke dalam bekas lain dan campurkan dengan serbuk koko dan juga pes coklat. Gaul rata.
  5. Masukkan adunan putih ke dalam piping bag atau boleh guna beg plastik yang bersih dan potong sedikit muncung plastik. Paipkan ke dalam cawan kertas hingga 3/4 penuh. Kalau nak guna sudu untuk sudukan adunan ke dalam cawan kertas pun boleh juga.
  6. Kemudian, sudukan atau paipkan adunan coklat di atas adunan putih tadi.
  7. Kukus di atas air yang betul-betul sedang mendidih selama 15 minit.
  8. Kek yang telah masak sempurna akan tersenyum mekar macam bunga yang sedang berkembang.




 ini jerlah hasilnya..kira lulus lah anak dara darjah 3 yang tolong siapkan...ziey sediakan sukatan jer,lain-lain dia yang buat....