Salam Pagi ISnin...
Semalam tengok brownies ni kat dapur ira, dia cakap senang je nak buat ni, kalau pejam sebelah mata pun boleh buat! Mungkin sebab tu namanya brownies mudah.......sedap dimakan waktu panas-panas, masak jer anak2 dah berebut nak makan...tinggal lah setengah lagi untuk breakfast pagi ni...tapi bab nama simple tu ziey suka tak sampai 15 minit pun siap...resepi yang mudah gini sentiasa dicari-cari..maklumlah ziey banyak tugasan nak buat...
maaflah gambar kita punye brownies tak cantik ler..blur jer..tak per yang penting makannya sedap...!!!!
RESEPI BROWNIES MUDAH
sumber asal : wssary@myresipi.com
source : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
* 6 sb serbuk koko
* 1/4 cawan mentega cair
* 1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
* 1/2 sk vanilla
* 1/4 sk garam
* 1/3 cawan tepung gandum
* 2 butir telur
* 1 cawan kekacang - optional
Cara-cara
* Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter
* Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
* Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
* Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.
Boleh cuba pada mereka yang sentiasa dalam kesibukan cepat jer siap...