Monday, February 21, 2011

:::::BaWaL GoreNG BeRemPaH::::::

Dah lama tak masak bawal..tetiba singgah kat pasar tengok bawal segar jer..sedap makan panas...ziey biasa masak berempah ni pada ayam,kali ni tukar selera pada ikan pula..

Bawal berempah ni sedap makan panas-panas..seekor pun xcukup....

 Bahan-bahan :
1 ekor ikan bawal (dibersihkan & diperap dengan sedikit garam dan halia)
1 batang serai (dimayang)
 minyak masak
1 sudu kecil rempah -digiling

1sudu kecil jintan manis
1/2 biji bawang besar -digiling
2 biji bawang putih -digiling
1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili @ cili giling
Garam secukup rasa
tomato dan cili merah untuk hiasan


Cara-caranya :


Panaskan minyak diatas api yang besar. Goreng ikan hingga garing &kuning,angkat.Kecilkan api. Masukkan bahan yang digiling masak hingga naik bau.Kemudian masukkan serai,jintan manis,sos tiram dan cili sos dan garam secukup rasa.Sekiranya terlalu kering renjiskan sedikit air.Masukkan ikan gaul rata. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

0 comments:

Post a Comment