Sejak ratu hati bersekolah ni,,hari-hari asyik memikirkan menu untuk sarapan n bekalan waktu rehat mereka...kadang-kadang pening juga memikirkannye,,,pagi td sempat lah mama siapkan CHEESY PASTA xtahu la sedap atau tidak yg penting apa yang masak tu habis,,tinggal mangkuk kosong jer....
inilah cheesy pasta for breakfast...mudah n simple jer,,tp ermm best juge ika cakap....
Cheesy Pasta ni ziey buat cara mudah-mudah jer..nk habiskan stok makaroni n bahan-bahan yang ada kat dapur..takut nati tong sampah yg makan,,,rugi jer kan...just nk kongsi resepi simple mana lah tahu ada kekawan yang senasib dgn kita...
Bahan-bahan :
200 gram makaroni (direbus sehingga lembut dan di toskan)Daging cincang, sosej atau apa2 lauk yg kegemaran anda (ziey gunakan ayam,sosej n udang)
keju mozarella untuk tambahan
1/2 tin cendawan butang, ditoskan dan potong kecil dan nipis
1 biji bawang besar -di potong dadu
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
sedikit daun sup+daun bawang
1 sudu besar butter
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
BAHAN SOS PUTIH :-)
2 cawan susu segar
1/2 cawan keju mozarella
1 sudu besar gandum
1 sudu besar butter
Secubit garam
Secubit gula
Cara-caranya :
- untuk makaroni ;-Panaskan butter dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih hingga harum, masukkan daging cincang, kacau rata dan tuang sedikit air masak sehingga daging empuk. Tambah lada hitam dan juga cendawan. Tambah garam secukup rasa dan masukkan daun sup. Masak sekejap dan masukkan makaroni yang telah direbus tadi gaul hingga sebati. Masukkan kedalam mangkuk untuk dibakar.
- untuk sos putih :- Panaskan butter dalam periuk.Masukkan gandum dan kacau.Kemudian masukkan susu segar kacau rata dan masukkan keju.Kacau lagi Akhir tambahkan sedikit garam.Kacau sebati,sekiranya agak kental tambahkan sedikit air.Tuangkan sos yang siap dimasak ke atas makaroni tadi. Kemudian letakkan keju yang berlebihan sebelum bakar. Bakar selama 30 - 35 minit. Bila masak boleh dihidangkan.panas-panas ....Selamat mencuba!!..
Itu siap yang breakfast....balik kerja masak lg untuk menu makan malam..simple2 jer sebab hubby n anak xmakan byk lauk just beli sup n tambah satu lauk...sempat siapkan AYAM GORENG HALIA....
inilah jadinya AYAM GORENG HALIA...
mudah n simple jer...maklumlah ada baby semua nk cepat sebelum dia meragam...
Salam....
ReplyDeleteSedapnya cheesy pasta tu. Nanti minta izin copy resepi ye.... and welcome!!!!
boleh ra...copy jer tu resepi sempoi apa yang ada kat dapur jer...janji ada cheese jd lah dia...lgpun hby n anak2 xcerewet sal makan ni...
ReplyDelete