Sunday, May 8, 2011

~~APam Mekar ~~

Selamat Pagi...Selamat Hari Ibu...

Selamat hari ibu kepada semua rakan-rakan ibu...pagi niibu-ibu makan apa yer..atau belum makan apa-apa lagi...pagi ni ziey hidangkan apam mekar buat anak-anak tersayang...

  
Apam yang colourful...saja buat untuk si budak-budak kat rumah...letak warna macam ni laju cikit mereka makan...ni 1st time ziey belajar buat apam..sebelum ni nak makan apam beli jer..rupanya senang jer nak siapkan nya...



Resepi apam mekar ni ziey dapat kat dapur Yat Maria masa jejalan kat blog beliau hari khamis lepas...nampak memang sesuai kalau buat untuk budak-budak...gebu jer rasanya...

Resepi pun agak mudah juga..Ziey mohon izin Yat untuk kongsikan disini yer...
Apam Mekar

Bahan :

250gm tepung naik sendiri
200ml santan
160gm gula halus (Original was 200gm)
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
1 sudu makan ovallete
2 T fresh milk (I added)
Secubit garam
Pewarna makanan, ikut kegemaran masing-masing

Kaedah:

1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan kecuali pewarna.
2. Pukul dengan speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga aduan kembang dan pekat.
3. Bahagi adunan kpd 3 bahagian, satu kekal warna asal dan warnakan dua bahagian yg lain.
4. Dalam acuan yg telah dilengser dgn mentega, bubuh warna secara berselang seli seperti dalam gambar. Diikuti dengan bahagian tanpa warna pada bhg atasnya.
5. Gunakan spatula utk membuat pusingan satu arah sebanyak 1-2 kali. Kukus selama 45 minit. Jangan lupa utk membalut penutup kukusan dengan kain supaya air tidak menitis ke atas apam.



 
Bagi mereka yang belum mencuba...selamat mencuba....

0 comments:

Post a Comment