Sunday, May 15, 2011

::Ketupat SotonG:::

Salam Tengahari...

Sudah banyak hari meninggalkan belog ini,,hehehe..minggu lepas ziey bercuti,,saja-saja nak rehat..bukan kemana pun hihi..bila cuti jer aktiviti update belog pun cuti juga,,,hehehee..



Ini makanan kegemaran hubby dan anak perempuan ziey yang no 2...suka sangat makan ketupat sotong...bila masak pasti clear dan satu lagi mesti tak sabar nak makan....asyik tanye jer dah masak....dah masak...


ini resepi ala kelantan..tahu lah manis ke tidak...bagi ziey ok jer tak manis sangat..maklumlah kuih-kuih kelantan manis-manis...


Ketupat Sotong

Bahan-bahan

  • 10 ekor sotong segar-sederhana besar-bersihkan
  • Beras pulut-angaran. basuh & toskan.
  • 2 kerek Ni'san/gula melaka (biasa kalau guna gula Melaka warna sedikit cerah)
  • santan dari satu biji kelapa
  • Sedikit Garam
  • Daun pandan 2/3 helai
  • lidi

Cara-cara

  1. Bersihkan sotong. Masukkan beras pulut yang telah dibersihkan hingga padat kedalam sotong yang telah dibersihkan.
  2. Kepala Sotong disematkan kebadan sotong dengan lidi agar pulut tidak terkeluar.
  3. Susun kedalam periuk, dan masukkan santan dan simpulan daun pandan, gula melaka/Ni'san,Garam dan gula sambil dikacau sehingga mendidih.
  4. Rasalah manis dan lemaknya. Angaran pulut masak adalah seperti kita memasak nasi.

 yang dimasak ni tak manis sebab kat rumah memang tak suka manis-manis...



2 comments:

  1. Bila tgk ketupat sotong ni, teringat pulak kat ayah di kg....mmg feberetnya ni. Hb pun suka gak cuma bininya je tak reti buat....

    ReplyDelete
  2. wanieyra :ee...senang jer...buat ler nati pos kat kg hehe..

    ReplyDelete