Tuesday, May 3, 2011

~~TomYam Putih Tanpa PAste~~

SALAM TeNGahaRi...

Nak makan apa yer tengahari ni...malas rasanya nak keluar bila tengoh sang mentari tu panas sesangat...nak aje relax kat ofis...kalau relax kat ofis alamaknya perut lapar hehehe....tak per ler jom kita jamu TomYam yang tanpa paste or kiub....yang pasti rasa tetap sedap...


 sedap ni makan dengan nasi putih panas-panas...sebenarnya ni menu dinner malam tadi...ziey hirup tomyam jer tanpa nasi...maklumlah sekarang hati ni mcm nak berdiet jer...mana tidak nye sejak dua menjak ni rasa mcm badan dah semakin berat hehhee,,tak tahu ler diet ziey berpanjangan ke tidak..hahaha..



 tomyam ni tanpa paste sebab rasa nak ubah selera tak mahu yang merah-merah hihi...tapi yang pastinya rasa tomyam tetap ada..
 

Jom kita tengok resepinya....

TomYam Putih Tanpa Paste

Bahan :

  • 1/4 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 10-15 ekor udang saiz sederhana
  • 5 ekor sotong saiz sederhana
  • 4 btg serai (diketuk)
  • 4-6 helai daun limau purut
  • 4 biji tomato saiz sederhana
  • 2 biji bawang besar (1 biji dibelah 8)
  • 4 biji limau nipis (diperah ambil air)
  • Cili Api (ikut suka, kalau nk pedas letak byk)
  • Sayur campur (bunga kubis + cendawan)
  • 1.5 liter air
  • 1 inci halia 
  • 1 inci lengkuas
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan2 diatas kedalam periuk (kecuali sayur campur dan udang)
  2. Masakkan dengan api sederhana sehingga mendidih, kemudian masukkan sayur campur dan udang, biarkan lbh kurang 5 minit angkat dan hidangkan.
 Senangkan..
 

4 comments:

  1. Tomyam putih la pulak....buat kechur kak cek je ni...Aduhai...lapo...laponya...dapat hirup kuahnya ni....emmmmm....bestnya.....

    ReplyDelete
  2. cik cek :kak cek z dah htr kat kak cek semangkuk,,,

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum....
    Kalau anak2 Kak Lin mmg suka TomYam Putih ni....

    ReplyDelete