Friday, April 27, 2012

... Dah lama tak UpDATED...

Assalamualaikum...

MIMPI apakah harini terasa nak buka blog ku yang lama tidak dibuka...sibuk dengan tugas-tugas pejabat..maklumlah sekarang dah transfer ke PUTRAJAYA..

Apakan daya ini lah adap orang kerajaan...dapat naik pangkat kena lak kuar dari negeri sendiri..aduii....

Namun apa yang penting blog ini masih bertuan...cuma masa jer yang tidak mengizinkan untuk mencoretkan kisah-kisah kehidupan...

Sunday, January 1, 2012

~~SelAmAt Tahun Baru 2012~~

Assalamualaikum...

Tahun 2011 telah diganti dgn tahun baru 2012. Banyak kenangan pahit dan bahagia yang telah kita lalui di tahun 2011. Ditahun yang baru nanti tahun 2012 kita akan menghadapi tantangan demi tantangan untuk menjalani aktifitas kehidupan kita sehari-hari.

Semoga tahun 2012 kedepan kehidupan kita semua akan lebih baik lagi. 


waktu begitu cepat berlalu…
selamat tinggal 2011….
Selamat datang 2012…
happy new year…semoga sukses selalu…
Matahari menyelinap dibalik bukit,
sembunyikan kenangan hidup,
menyimpan lembaran usang, menyambut hari-hari muda,
sebentar lagi ‘kan menjelang.
Selamat datang sms tahun baru 2012,
harapan baru dan perubahan.
Masa lalu adalah sejarah,
hari ini adalah goresan,
hari esok adalah harapan.
Selamat datang sms tahun baru 2012.
Seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan.
Selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan.
Malam ini ‘kan berlalu,
minggu ini ‘kan beranjak,
bulan ini akan pergi,
tahun ini ‘kan meninggalkan.
Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka,
menyongsong tahun baru.
Selamat tahun baru 2012.
Semoga selalu jaya dan sejahtera.
Senja indah, kirimkan ciprat keemasan,
kirimkan pertanda keagungan, kekusaan, serta kemegahan.
Meski itu hanya sekejap,
hingga sirna ditepis malam,
pertanda esok akan tiba.
Selamat tahun baru 2012.
Semoga sukses selalu.

Thursday, November 10, 2011

~~PuluT KuniNG & REnDanG DaGinG~~

Salam pagi..1 Malaysia...


Kali pertama masak pulut kuning....biasa tahu makan jer..anak dara ziey memang suka sangat pulut....tapi yang biasa beli jer...kali ni mama buatkan yer..makan sampai kenyang yer...


Resepi ni ziey dapat kat sini  tengok senang sangat nak sediakan nya,,,macam tak percaya petang semalam dapat makan pulut kuning buatan sendiri..hehehe..
 


 Ziey CNP resepi kongsi kat sini yer...


PULUT KUNING SEGERA

Bahan-bahan ( 5-6 org makan )

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
  • 1 sdt garam
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sdb minyak masak
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
  2. Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
  3. Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
  4. Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..
  5. Selamat mencuba! ^_*


Kebetulan daging raya korban haritu banyak lagi ziey cuba siapkan rendang daging..ini pun kali pertama juga..maklumlah rajin sangat ke dapur katakan..hehehe..

resepi pun ziey ambil kat my resepi....
ziey kongsi disini yer..sedap rasa walau cubaan pertama..hehehe


RENDANG DAGING

Bahan-bahan ( Untuk 3 Hingga 4 Orang Makan )

  • 500 Gram Daging ( Dihiris Nipis )
  • 1 Helai Daun Kunyit ( Dihiris Halus )
  • 10 Tangkai Cili Kering
  • 3 Biji bawang Merah
  • 2 Biji Bawang Putih
  • 1 Batang Serai ( Dihiris Halus )
  • 1 Cm Halia ( Dihiris )
  • 1 Mangkuk kecil Santan Pekat
  • 1 Sudu Teh Serbuk Pati Ayam
  • 1/ 2 Sudu Teh Garam
  • 2 Sudu Teh Serbuk Kari Daging ( Dibancuh Sehingga Menjadi Pes )

Cara-cara

  1. Kisar Cili Kering Bersama Bawang Merah, Bawang Putih, Serai Dan Halia Sehingga Halus.
  2. Panaskan Minyak Kemudian Tumiskan Bahan Yang Telah Dikisar Sehingga Naik Wangi Kemudian Masukkan Pes Kari Daging Kacau Sehingga Sebati Kemudian Biarkan Seketika.
  3. Setelah Itu masukkan Daging Dan Kacau Sehingga Sebati Biarkan Seketika Setelah Itu Masukkan Santan, Garam Dan Serbuk pati Ayam kacau Sehingga Sebati Kemudian Biarkan Sehingga Mendidih Dan Kuah Agak Pekat Dan pecah Minyak.
  4. Akhir Sekali Masukkan Hirisan Daun Kunyit Kacau Seketika Sehingga Sebati Setelah Itu Anagkat dan Hidangkan. Selamat Mencuba.......

 

Wednesday, November 9, 2011

MakaRoni BakaR...

Assalamualaikum....Selamat Pagi.....


Sudah hampir sebulan tidak diupdate blog ini...malas ada..sibuk ada...semuanya ada..hehee...apa yang pasti blog ini masih berpunya hehee..

Pagi yang penuh rasa malas nak mula tugas...ziey nak hidangkan makaroni bakar...resepi yang dah banyak hari tertunda...



Resepi ni ziey  CNP pada web try masak  bukan apa bila tengok agak  mudah jer...Ziey kongsi disini buat semua yer...



MAkArOni BAkaR..

Bahan-bahan :

300gm macaroni
250 gm daging cincang
4 biji telor (pukul kembang)
3 sudu rempah kari
2 labu bawang besar
1 tin susu cair
1 cawan air
sedikit keju parut
minyak utk menumis & garam
 
Cara-cara :

1) rebus makaroni hingga empuk & toskan
2) kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
3) Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
4) Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
5) Masukan makaroni air dan kacau hingga mendidih.
6) Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
7) Tuangkan telor dan taburkan keju.
8) Bakar selama 180 C (45 minit}



Monday, October 10, 2011

Death BY Choc Cake...

Assalamualaikum....

Selamat Pagi...
Death By Choc Cake..hehehe..cantik dan takut pada namanya..semalam jejalan kat dapur Mak Lang   terpandang pada kek coklat ni nampaknya mcm lembab jer...kebetulan bahan-bahan kat dapur dah tersedia curi-curi masa cikit untuk menyediakannya...Alhamdulillah siap juga akhirnya walau si kecil Iman sibuk mengacau kat dapur..


Resepi choc cake ni pun mudah dan simple jer...memang sesuai la dengan ibu-ibu yang sentiasa sibuk ni,,hehehe..

 Ziey mohon izin Mak Lang yer copy n share resepi kat sini yer...

 
DEATH BY CHOC.CAKE
Sumber : Mrs Dayat MyR

Bahan

2 cwn gula (kisar) - maklang guna gula castor jadi tak perlu kisar
3 biji telur
2 cwn tpg gandum }
1 cwn koko powder }ayak
1st bpowder }
1st soda }
garam }
vanila
1 cwn susu cair
1 cwn minyak
1 cwn air panas mendidih

Cara

1.Telur+gula+vanila = pukul hingga kembang guna mixer
2.Masukkan susu cair+minyak, gaul sebati guna whisk aje
3.Masukkan bhn yg diayak tadi, gaul dengan cara kaup balik]
4.Last sekali baru masukkan air panas, kacau sebati
5.Bakar 45', suhu 175 ikut oven masing2.
 
Memang betul-betul mudah kan??? hanya 5 step jer cara penyediaannya...



dipotong-potong untuk sarapan pagi...


Wednesday, October 5, 2011

~~Jahitan Manik lagi~~

Salam Pagi...

Nampaknya masih belum bersedia dengan update masakan-masakan....hehe..xper kita cuci mata dengan jahitan manik dulu...lama sangat tinggal entry masakan semangat pun dah hilang entah kemana...tapi coretan blog ini pasti diteruskan walaupun beberapa bulan tidak dikemaskini...

Jahitan yang agak simple di bahagian tangan..


Bila simple-simple macam ni sempat lah siapkan dalam masa satu hari...kalau banyak manik  tu 2,3 hari belum tentu siap..maklum ziey masih bekerja di siang hari..bila terluang ambil lah tempahan mengisi kekosongan masa..... 


mana-mana rakan blogger yang nak mulakan jahitan manik boleh lah cuba corak ini..tak susah memang senang sangat...
 
 
tempahan dari pn Diyana untuk ibu mertuanya....



........Jom kita tengok manik bersisik yang ziey jahit pada baju sendiri....

 jahitan di bahagian bawah pergelangan tangan..


ini bila dipakai....

Tuesday, October 4, 2011

UlangTAhun PerkAHwinaN KE 10....

Assalamualaikum...Salam Pagi Buat Teman...



 Genap lah sudah 10 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama insan yang sangat dicintai...(Nik Zamri)...semoga ikatan ini terus kekal ke Syurga...Segala kesusahan,,pahit manis yang di hadapi sepanjang perjalanan hidup ini adalah dugaan ILahi...Terima KAsih buat suamiku yang tidak jemu-jemu melayan karenah seorang isteri seperti ku yang serba kekurangan.....Syukur pada Mu Ya ALLAH kerana mengurniakan sifat kasih sayang pada suamiku..syukur jua memberi ku peluang menjadi isteri kepada seorang suami yang sangat baik di mataku,,menjadi ibu kepada anak-anak ku yang dikasihi hasil ikatan perkahwinan ini...Amin... 


suamiku tersayang....dan permata hati tercinta..2011...10 tahun perkahwinan...
 Doaku buatMu kekasih Ku Ya Allah memohon kerahmatanMu, agar berpanjangan jodohku selamanya.....InsyaAllah.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pd seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan Ku untuk menyintai Mu....

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak aku jatuh dalam jurang cinta nafsu....

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hati Ku padanya agar aku tidak berpaling daripadaMu....

Ya Rabbal 'Izzatul jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahidMu di jalan Mu....

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi indahnya bermunajat di sepanjang malam terakhirMu....

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manausia kepada Mu....

Ya Allah , sesungguhnya Kau lah Maha pengasih dan Penyayang.... Kau kurniakanlah sifat kasih sayang berpanjangan antara diriKu dan kekasih hati ini.........kasih sayang bersama anak-anak permata hati Ku dan kasih sayang sesama makhluk Mu....