Wednesday, May 25, 2011

:::Yogurt Steamed Cupcake :::

Salam pagi...

Selamat berbf pepagi ni yer...semalam banyak dapur ziey jejalan asyik duk tayang jer cupcake ni...eeee ziey ni beli yogurt dari hari jumaat lagi akhirnya balik kerja semalam kita godek juga sampai jadi...hehehe..jeles la tu yer tengok kekawan duk tayang....



 Nasib baik ada anak dara dapat juga menolong isikan dalam cupies...tq kakak...



Jom kita tengok resepi yang ziey CNP dari dapur Ira -Bila Masa Terluang Mohon izin yer ziey tayang resepi kat sini...

KEK CAWAN YOGURT KUKUS
Oleh : Naz's COSK
Resepi Asal Oleh : Rima

Bahan-bahan :
  • 2 cawan gula (Naz kurangkan menjadi 1 cawan)
  • 1 tsp ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan yogurt asli (plain yogurt)
  • 2 biji telur
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 1 tsp serbuk koko
  • 1 tsp pes coklat
Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko dan pes coklat ke dalam mangkuk pengadun.
  3. Dengan menggunakan high speed, putar adunan hingga menjadi pekat selama beberapa minit. Adunan akan menjadi pucat warnanya.
  4. Asingkan sedikit adunan iaitu lebih kurang 5 Tbsp ke dalam bekas lain dan campurkan dengan serbuk koko dan juga pes coklat. Gaul rata.
  5. Masukkan adunan putih ke dalam piping bag atau boleh guna beg plastik yang bersih dan potong sedikit muncung plastik. Paipkan ke dalam cawan kertas hingga 3/4 penuh. Kalau nak guna sudu untuk sudukan adunan ke dalam cawan kertas pun boleh juga.
  6. Kemudian, sudukan atau paipkan adunan coklat di atas adunan putih tadi.
  7. Kukus di atas air yang betul-betul sedang mendidih selama 15 minit.
  8. Kek yang telah masak sempurna akan tersenyum mekar macam bunga yang sedang berkembang.




 ini jerlah hasilnya..kira lulus lah anak dara darjah 3 yang tolong siapkan...ziey sediakan sukatan jer,lain-lain dia yang buat....

6 comments:

  1. Salm sni pun dah sampai yee sdp kan akk suka rasanya lemak2 gitu tapi gula yogurt yg low fat...

    ReplyDelete
  2. amboii rajinnya anak dara tolong mama dia kan.. kalau letak penuh cup tu lagi cantik mekarnya kan. tapi tu pun dah lawo dah tu

    ReplyDelete
  3. wah,rata2 sana sini sinun org dok buat apam versi nih..akak punya masih dlm waiting list lagi.

    ReplyDelete
  4. untung anak dah boleh tlg kat dapo...ingt nak buat lg hjg mggu ni kot..

    * lenkali boleh try lg, letk dkt2 nak penuh, baru dia mekar sejambak..
    *masa beat tu kdg ambik masa sampai kita leh siap sidai baju..huhu..bg lama sikit..
    *kdg kalau kukusan tak btl2 panas pun tak mekar & naik juga..itu jela tips nya..taktaule kot2 ada yg blh bg tips lain..
    *kdg2 saya buat ni tak tutup pun tudung periuk, just masa buka tu hati2 je..ni kerja org mls nak cuci kain..hehe

    ReplyDelete
  5. untungnya ada anak dara tu, boleh juga tolong mamanya kat dapur. Tukar bekas nak tak?

    ReplyDelete
  6. WaH! kecik2 dah minat ke dapo...untungla Ziey....boleh jugak membantu dan temankan Ziey masak2 kat dapo....comey je apam tu secomey tuan yg membuatnya kan...

    Ziey...ni ...blog kira dah okla ek....bukan ziey je yg kena rasa kak cek....kalau tak silap maklong pun ken cam ziey jugak....

    ReplyDelete