Wednesday, May 25, 2011

~~TomYam Campur~~

Salam tengahari

Mai kita makan tengahari dengan rasa masam-masam pedas keenakan rasa tomyam...


 Tomyam ni ziey campur ayam,,fishball dan udang...yang mana tak makan ayam makan le udang...yang tak makan udang makan ler fishball..yang tak makan semua hirup kuah jer la hehehe..


resepi yang mudah semuanya main campak-campak hehehe..

Tomyam Campur

Bahan-bahan ( 6-7 orang )

  • 500 gm ayam(ikut suka nak potong camne)
  • 200 gm udang (jgn.letak byk. sangat makanan laut nanti berubah rasa tomyam kita)
  • fishball ikut suka
  • 5 ulas bawang putih(diketuk aje)
  • 2 biji bawang besar(dipotong wedges/ikut suka)
  • 5 biji tomato(3 biji dibelah 4 dan 2 biji diblend bersama lada besar masak)
  • 10-15 biji cili padi( ketukkan je-klu suka pedas lebihkan)
  • 2 biji lada besar masak (blend)
  • 4 batang serai(diketuk)
  • daun limau purut(buang urat tengahnya)
  • 2 biji limau nipis(ambil jusnya)
  • sayur2annya:- bunga kobis, kobis jepun/kobis biasa, daun bawang, daun sup(utk.hiasan)
  • garam,gula dan aji
  • 1 inci lengkuas(dihiris)

Cara-cara

1. Rebuskan ayam biar empuk. Masukkan air untuknya secukupnya.

2. Masukkan bahan yg. telah diblend tadi iaitu tomato dan lada besar masak.

4. Masukkan sekali serai,bawang besar,bawang putih,lengkuas dan cili padi.

5.Tambah bahan perasa dan makanan laut dan fishball tadi berserta sayur2an.

6. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan jus limau nipis tadi.

7. Tutup api dan taburkan dgn. daun bawang dan daun sup. Boleh dihidangkan. Rasanya biar masam dan pedas baru best!



3 comments:

  1. Ziey....kak cek dtg lagi ni....bwk mangkuk kosong...nak mintak tomyam....ada lagi ke...:)

    ReplyDelete
  2. ira semalam pun makan tomyam gak malam tadi tapi bukan kita yang masak...hehehehe

    ReplyDelete
  3. semalam kita pun makan tomyam gak tapi bukan kita yang masak....hehehe

    ReplyDelete