Wednesday, May 11, 2011

~~Pizza~~

Salam Pagi...


Apa khabar semua pagi ni,,,sihat la hendaknya....breakfast pagi ziey hidangkan western cikit yer...sekali sekala tak per kan...dah lama ziey duk mengidam nak makan pizza buatan sendiri..kali ni menjadi hehehe..


  
Anak-anak terkejut mama nya buat pizza....eee jadi pizza mama kata kakak...hehehe...kali ni baru menjadi...sebab apa ziey tak ada(BM)...asyik keras jer doh kalau buat pun...tapi entah kenapa kali ni menjadi...

  
Resepi pizza ni ziey CNP kat dapur Yatie -sinar kehidupan,,,masa mula-mula jengok dapur dia rasa macam menjadi jer pizza ku hari ini,,hehehe...ziey pun cuba lah cuma topping kat atas pizza tu ziey ikut apa yang anak-anak suka...


Jom kita tengok resepi nya...mohon izin yatie,,ziey CNP kat sini yer...dan Pemilik Asal CMG yer...

Pizza

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :
  • 300 g tepung gandum (tpng roti pun boleh)
  • 6 g instat yeast
  • 20 g mentega
  • 10 g gula halus
  • 1 camca teh bread improver (optional)
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 1/2 camca besar madu
  • 170 ml air
  • Sedikit tepung untuk ditabur
BAHAN-BAHAN TOPPING :
  • 1 cwn daging cincang ( saya masak sebentar+ sedikit garam)-Ziey guna ayam
  • 5 btng crab stick (ptng serong)
  • 4 hirisan gegelang red capsicum -tak letak
  • 4 hirisn gegelang yellow capsicum-tak letak
  • 4 hirisan gegelang green capsicum-tak letak
  • 1/2 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
  • 10 biji buah zaitun hitam-tak letak
  • 1 cawan sos pizza/ sos prego/ sos spaghetti
  • 175 g keju mozzarella atau secukupnya (di parut)
UNTUK DOH PIZZA :
  1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
  2. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.
  3. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU :-
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar.
  2. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.
  3. Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella.
  4. . Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran.
  5. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
*Doh pizza yg siap di canai dan sudah naik, bolehlah di bakar selama 10 minit dahulu....lepas tu barulah di letak sos pizza dan bahan2 yg lain.....barulah bakar lagi selama 20 minit atau sehingga kekuningan.




10 comments:

  1. salam slmt pg
    wahhh ada pizza ye..ank2 mmg suka mkn cam ni ..buat bf sesuai..ank akk sure bawa tapau ke sklh punya..ada lg nak sikit rasa

    ReplyDelete
  2. Sedapnya pagi2 dah bf pizza...ra pun dah lama tak buat...

    ReplyDelete
  3. dok tgk je org buat piza...ada Bm tp malas bebenor nk buat..hehe

    ReplyDelete
  4. Wah! Rajinnya pagi2 dah buat pizza...nyum2...:)

    ReplyDelete
  5. wah...menjadi ya buat pizza :) ummi dah lama teringin nak buat pizza sendiri juga, tapi asyik x sempat hehe...

    ReplyDelete
  6. Hello Ziey, this pizza of yours looks absolutely delicious!
    Ada lagi? Two pieces will do me fine, ha ha.
    Have a great weekend, and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  7. sheila : anak2 ziey pun tapau ke sekolah juga

    ReplyDelete
  8. wanieyra : saja ubah selera...bt pizza tuk bf

    ReplyDelete
  9. abah yie & ummi na :betul tu ummi kita pun selalu jer tak sempat,,akhirnya dapt jg buat..

    ReplyDelete
  10. cik cek : kak cek...saja ubah selera pagi

    ReplyDelete