Wednesday, May 4, 2011

~~Ayam Masak Merah Limau Purut~~

Salam Tengahari...

Dah masak untuk makan tengahari ker...ke beli jer...atau makan kat kedai jer...apa-apa pun boleh yang penting makanan yang bersih...

Tengahari ni ziey hidangkan ayam masak merah limau purut...


 masak ni sebab anak-anak ziey suka lauk-lauk macam ni...sedap katanya...bila sedap tu makan tu memang laju lah,,tapi badan tak naik-naik...dah keturunan kecil agaknya..
.

jom kita tengok menunya...

Ayam masak merah Limau purut
  • 1/2 ekor ayam
  • garam kunyit
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan kicap
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit air
  • 1cm halia
  • 3 sudu besar cili giling- boleh tambah kalau nak lagi pedas
  • 3 helai daun limau purut

Cara-cara

  1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Perapkan dengan garam kunyit selama 5 minit. Goreng dalam minyak penuh sehingga 2/3 masak.
  2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Ambik 2-3 sudu besar minyak goreng ayam tadi. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos, kicap, sedikit air dan ayam. Masak sehingga kuah pekat.Akhir sekali masukkan daun limau purut..
Sedia dihidangkan..

2 comments:

  1. Boleh cuba resepi ni, daun purut pun banyak kat rumah...

    ReplyDelete
  2. haliza :ziey pun sbb byk daun purut masak pun asyik nak letak jer,,wangi jer rasanya..

    ReplyDelete