Thursday, June 2, 2011

~~Tempahan Kek Batik Coklat Dengan Cream Cheese~~

Assalamualaikum....

Tempahan dari Guru Sekolah Agama anak-anak..2 biji kek Batik Coklat Topping Cream Cheese...maklum lah cikgu ni penggemar cheese..kek batik tu dah kaya dengan rasa coklatnya...


kek ni tak boleh nak bedah siasat tengok tekstur kat dalam tu..haritu ziey ada buat untuk makan-makan bersama keluarga tapi tak sempat nak snap gambarnya...kalau nak tengok the real kek boleh klik sini cantik sangat yang Hasue punya...


Resepi pun ziey CNP dari dapur Hasue cantik jer kek batik dia punya...Mohon izin yer Hasue ziey CNP untuk dikongsikan disini yer...

 
Kek Batik Coklat
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan

* 200gm milo >boleh jer kalau nak lebihkan sedikit
* 250gm marjerin
* 2-3 sudu besar serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis atau 2/3 tin sederhana krimer pekat manis
* Biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya) Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  2. Setelah cair masukkan susu,kacau menggunakan handwhisk..masukkan milo dan koko sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehingga sebati
  3. Gaul atau kacau lagi tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
  4. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan
  5. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  6. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  7. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
Untuk cream cheese frosting ziey masih guna cream cheese yang digunakan untuk marble cheese brownies..

Bahan-bahan lapisan cheese:
  • 250g cream cheese
  • 1 cwn gula castor
  • 1 biji telur gred B
Cara-cara:
  1. Pukul cream cheese hingga gebu.
  2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.(ziey tukar sikit cara hiasan tabur biskut marrie kat atas tu)

0 comments:

Post a Comment