Tuesday, February 22, 2011

---------PuDiNG RoTI---------

SeLaMaT PaGi...

Pagi ni Ziey nak jamu breakfast dengan puding roti simple dan cucur udang berjagung....Puding Roti ni ziey buat untuk bawa kat ofis sempena jamuan Maulidul Rasul...semalam kepenatan tak sempat nak fikir kuih-kuih yang susah-susah jadi buat lah yang senang n cepat....memang simple sangat puding roti..15 minit pun boleh siap...budak2 pun pandai buat..anak ziey yang sulung pun pandai...nt cuba yer frenz..

 inilah rupanya puding roti yang simple itu..tp rasanya lemak dan berkrim.....

Bahan-bahan :
10 keping roti di carik-carik kecil (ziey guna roti gardenia)
2 sudu besar butter (sapu pada roti sebelum dicarik)
2 cawan susu segar
1 cawan gula (ziey guna 3/4 cawan jer)
1 cawan jagung manis (dlm tin)
5 biji telur
1 sudu esen vanilla
pewarna hijau n merah
kismis
Cara-cara :
Sapu roti dengan butter dan carikkan roti. Masukkan dalam bekas pembakar.
Putar susu segar,gula,telur,jagung manis dan esen vanila hingga kembang.(ziey masukkan dalam blender dan blen hingga berbuih).
Masukkan bahan yang diputar kedalam bekas pembakar yang ada roti tadi.
Bakar.Selepas 15 minit keluarkan letakkan pewarna dan kismis,bakar lagi sehingga masak.Lebih kurang 30-35 minit.
Sedia untuk dihidangkan.


++++ CuCUr UdaNG JaGunG+++++


Siap jer buat puding ziey tak mahu bazirkan baki jagung manis,,ziey siapkan cucur udang berjagung..yang ni anak-anak suka...boleh bawa bekal ke sekolah makan dengan kawan-kawan...

cucur udang jagung kegemaran Izzah.....

mudah  jer.....
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
Air
1 biji telur
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 cawan jagung manis
Udang dibuang kulit dan dipotong2 kecil
Sedikit daun bawang +sup
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar emplek (ziey memang suka gunakan emplek bila buat cucur sebab walau lambat makan cucur tetap kekal lembut)
Cara-cara :
Satukan tepung gandum,air,telur, baking powder,emplek,garam dan gula gaul rata. Masukkan jagung manis, udang dan daun bawang, kacau lagi sehingga sebati. Biarkan adunan lebih kurang 30 minit dan goreng pada api yang sederhana.

2 comments:

  1. hi ziey, leh x ziey upload gamba oven...bkn pe..sya ni tgh duk usha oven n bhajt nak bli oven tp msih blur agi nak bli yg mcm mana....kalau ziey expert bab2 oven pon lg bagus..leh share info n suggest mana yg sesuai...tqvm

    ReplyDelete
  2. intan, ziey pun xpandai la nk pilih oven,,ziey kat rmh gn zanussi tp z sdri pun xtau sgt function dia,,bli aritu sbb nk cntikkan dapur nk ltk kabinet siap,skrg br jinak2 nk blajar guna hehee,,teruk kan,,ziey biasa gn microvawe..tp kdg terbakr masakan sbb xpandai setg time..

    ReplyDelete