Salam satu Malaysia....erm dah banyak hari tak update n3 kita...sibuk cikit bukan apa seminggu tak de kat rumah itu yang dapur pun tak berasap...biasa lah bila si hubby outstation ziey pun malas lah nak prepare makan,,sekadar makan dengan anak-anak masak yang simple jer tak pun beli jer lagi cepat..
Pagi ni ziey bf dengan donut jer..tu pun semalam puas jalan-jalan mencari kuih-kuih yang boleh dikongsi kat dapur Ira,dapur izah n kat dapur Ros Jintan Manis.
Bila jalan-jalan kat dapur diorang tu terpandang lah pada donut mayo ni,,nampak mcm best jer,,senang pula...yang senang ni memang sentiasa ziey cari...
Merekah pula donut kita agak nye terlebih sudah yis tu yer...tapi tak perlah rasanya lembut jer....
wah....disaluti snow white hehehe...
Mohon izin pemilik resepi asal CNP yer...yang ni ziey CNP kat dapur Izah dah ronda-ronda dapur dia banyak sangat donut nya...
DONUT MAYO
Sumber : Ros jintanmanis.com
copy: Anna Qawina
Bahan-bahannya
330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis (ros guna mayonis kimball,ziey pun guna kimball)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti.
CARA-CARA :
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan,

Selamat
Mencuba.
assalamualaikum z..
ReplyDeleteoo dah buat ek.. suke juge donut ni.lembut je.
yang merekah tu kan, ada juga yang kata mungkin tak cukup uli. pernah la terbaca, tapi sejauh mana tu tak pasti..
sedap buat bulat2. anak pun suke senang nak mkn kan
betullah kut izah sebb ziey ni bab menguli memang malas..bm lak cik huby kita xbeli2 lgi,,tggu btday kita kut hehehe,,anak mmg suka gpun donut memang lembut jer..
ReplyDelete