Wednesday, March 2, 2011

::::PaSTa SeAFooD GRaTin:::

SALam TengaHaRi...

 Lunch semalam jalan-jalan kat dapur ira...tengok2 ada sajian pasta,,kebetulan kat dapur kita dah tersedia bahan yang diperlukan..tak de fikir panjang balik masak...dapatlah anak-anak breakfast pagi..selesai jer b.fast kakak ambil sepotong lagi buat bekal ke sekolah...

 masih dalam microwave....

 begini lah rupa pasta kita...


terima kasih kepada penyumbang resepi ziey mohon izin cnp jer yer...
 
RESEPI PASTA SEAFOOD GRATIN
by: hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 100g Pasta @ Macaroni
  • Udang - kopek kulit
  • Scallop/Sotong/Sosej/Isi Ketam/tuna - ( ziey letak sosej & jejari ketam)
  • Cendawan butang - hiris2
  • Garam
  • Lada hitam/lada sulah
  • 1 sudu besar butter
  • 1/4 bawang besar - cincang
Bahan Untuk White Sauce
  • 1 cawan susu segar
  • 1/4 cawan air - jika ingin lebih creamy gune susu segar shj
  • 2 sudu makan butter
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/4 cawan keju pilihan @ 1-2keping slice cheese racik2
Untuk Topping ( jika ingin lebihan cheese)
  • Keju Mozarella parut
Cara-cara
Untuk membuat white sauce

  1. Panaskan periuk.Masukkan butter. Kecilkan api, masukkan tepung.Gaul.
  2. Masukkan susu dan juga air. kacau hingga tepung tidak bergentel dan didihkan.
  3. Masukkan cheese, sedikit garam dan juga lada hitam. Kacau sentiasa hingga sos agak pekat. kalau pekat sangat tambahkan sedikit air/susu lg. matikan api.
Untuk membuat makaroni/pasta
  1. Rebus makaroni hingga empuk. toskan. gaul dengan olive oil. ketepikan.
  2. Panaskan butter, masukkan bawang besar dan tumis hingga naik bau. Masukkan udang dan lain2 isi pilihan.
  3. Perasakan dengan garam dan juga lada hitam/lada sulah. Masukkan makaroni tadi. Gaul sekejap sahaja. Matikan api.
  4. Masukkan macaroni ke dalam mangkuk tahan panas. Curahkan white sauce di atas.
  5. Taburkan keju mozarella - klu tk nk tabur pon xpe.. sbb white sauce td dh gunakan cheese.
  6. Bakar suhu 180 selama 20-30min atau hingga kekuningan.
  7. Siap untuk dhidang.

2 comments:

  1. wah!rajinnya ziey memasta,siap buat bekal anak2 pulak tu:)

    ReplyDelete
  2. heheh,,kak mana tak rajin anak yg sulung suka sangat kadang smuggu sekali z bt..dia pula lg suka bila kwn2 makan sama-sama...

    ReplyDelete