Tuesday, May 31, 2011

~~Coklat Brownies aka Brownies Simple~~

Salam Muhibah....

Cuti-cuti sekolah banyak ler jemputan kenduri kahwin..kenduri kesyukuran,,kenduri....kenduri hehehe,,macam-macam jemputan lah yang datang...

Semalam ziey pergi kenduri kesyukuran sempena perkahwinan adik seorang kawan...saja buat kek coklat ni nak tambah dengan hadiah yang di beli...


Resepinya ziey pernah cuba sekali..kali ni cuba lagi maklumlah nak mantapkan ilmu di dada...resepi ni ziey CNP kat dapurIzah mohon izin yer izah kita pamer dan kongsikan kat sini...

RESEPI BROWNIES MUDAH

Bahan-bahan
  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 butir telur
  • 1 cawan kekacang - optional

Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter-akak juga lsapu butter
  • Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
  • Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
  • Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min

kemudian ziey hias sikit dengan simple topping

Simple Chocolate Topping:
1 cawan koko
1 cawan susu pekat
1 sb butter @ margerin @ minyak
kacau semua bahan dalam periuk dengan api kecil hingga larut sepenuhnya n boleh dituang atas kek...


4 comments:

  1. cukup choklatnya...nampak mewah ngan coklat..sah2 adik pengantin yg berebut ni kan..hehe

    ReplyDelete
  2. anna :macam tu kalau cikit ni majlis cm tu pasti berebut

    ReplyDelete
  3. asal kek jer kompom sedapnyer ni..hehhe

    ReplyDelete
  4. dinie :betulkan suka sgt mkan kek..

    ReplyDelete