Thursday, May 5, 2011

~~MArBle Cheese Brownies~~

Salam Pagi...

Sudah sekian lama copy resepi ni tapi akhirnya semalam baru lah sempat mencuba...cubaan pertama Alhamdulillah menjadi cuma warna kek tu agak malu-malu coklatnya..bukan apa bila semua bahan dikeluarkan tengok2 coklat pula tak ada,,ermmm ziey guna coklat emulco jer..itu pun tak tahu nak letak berapa sudu...yang pastinya kek ni memang sedap...moist...


 hehe,,tengok ler lorekan ziey yg pertama....kira lulus lah tu yer....anak-anak puji cantik kek mama...



Resepi ni ziey tengok kat dapur Kak Ima nampak menyelerakan jer,,,kebetulan kat dapur tu memang dah ada cheese...cuma nak buat jer tak berkesempatan..ziey mohon izin kak Ima yer CNP disini untuk dikongsikan...thanks so much..

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
  • 250g butter
  • 1 cwn serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
  • 1 tsp baking powder*
  • 1 tsp soda bikarbonate*
  • 1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
  1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
  2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
  6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
  7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
* Bergantung pd oven masing2...saya tambah 10 minit lagi..



Bahan-bahan lapisan cheese:
  • 250g cream cheese
  • 1 cwn gula castor
  • 1 biji telur gred B
Cara-cara:
  1. Pukul cream cheese hingga gebu.
  2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
 
 
 sebelum dibakar....

 Lorekan yang tak pernah masuk kelas main hentam jer...

warna kek yang kurang menarik.....maklumlah tak cukup coklat....
 

8 comments:

  1. Cantiknya......ra mmg suka brownies cheese ni, cuma tak terbuat lagi.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak - selalu buat brownies kosong saja paling tidak pun tabur icing sugar hehehe ... tajin akak buat topping

    ReplyDelete
  3. wanieyra :ziey pun baru cuba...dah la xde skill nak lorek2..pandai2 jer reka sendiri,,,sedap moist jer

    ReplyDelete
  4. mala :wsalam...akak pun 1st buat toping cheese ni,,nampak cm sedap,,tp memang sedap..blh mala cuba

    ReplyDelete
  5. wahh..cantik dah tuu..bak sepotong wat merasa..hehe

    ReplyDelete
  6. ziey, cantiknya marble cheese brownies tu...!!!

    ReplyDelete
  7. hasue :tq..kita bdk baru belajar

    ReplyDelete