Apa khabar semua...2 hari cuti hujung minggu....this week balik kampung mertua...dah berbulan-bulan tak balik...kebetulan minggu ni anak-anak tak ada kelas tusyen..sempat lah bercuti 2 hari..
Dah sarapan ke semua ???...jom kita sarapan dengan kek apple tanpa crumble..hehee,,,resepi derhaka lak tu kikiki...
Asalnya jalan-jalan kat dapur kak Azlita tengok Apple Pie Crumble Cake...kebetulan kat peti ais tu ada lagi apple berbaki 2 biji...entah bila nak dihabiskan....ziey apa lagi CNP ler resepi..
Mohon izin Kak azlita dan pemilik asal resepi yer,,ziey CNP resepi yer...sebab teruja tengok kesedapannya hehehee..
Untuk Kek
Bahan-bahan ( 18x18 cm )1 biji epal
100g mentega-suhu bilik
80g gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telur
100ml fresh cream/whipping cream
150g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan.
Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
Akhir sekali taburkan serbuk cip crumble tadi di atas kek.
Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C
yang ni ziey tak sempat siapkan..si kecil Iman dah mula meragam..asal nya nak juga siapkan crumble ni tapi dah habis dimakan anak-anak kat rumah..maklumlah hari cuti makan jer kerja mereka....hehehe..laku benar nampaknya..
75 gm tepung gandun
35 gm butter tampa garam
35 gm gula
35 gm cip coklat - klu nak lebih boleh tambah
Putar gula, mentega dan tepung sehingga rata dan menjadi seperti serbuk. ( ramas pakai tangan pun boleh)Setelah itu masukkan cip coklat dan gaul rata.
Lain kali ziey buat dengan crumble lak yer,,hihii..
kek ni mmg best!!
ReplyDeleteaa betul tu izah...tq kongsi resepi..
ReplyDeletePepagi jalan kat sini....ada kek apple lagi...kak cek nak sepotong...
ReplyDeletecik cek :kak cek ambil ler mn yang ada yer...hehehe
ReplyDelete