Wednesday, April 20, 2011

::Nasi Lemak SamBal Sotong::

Salam Pagi Rabu...

Hari ni ziey b.fast dengan nasi lemak..ooo heavy sikit hari ni yer..tak per malam nanti ziey diet balik hehehe...masak nasi lemak ni pun sebab si Izzah sibuk duk bising-bising dah lama dia tak berbekal nasi ke sekolah..nasi kat kantin katanya tak sedap..eee budak-budak zaman sekarang...pandai betul menilai...Nasib baik malam tadi Iman tak meragam sempatlah siapkan sambal sotong awal-awal..kalau tak pasti menu tertunda..



Nasi Lemak Sambal Sotong

Bahan untuk Nasi :

Beras (ikut nak banyak mana)
santan
1/2 inci halia hiris 3 
2-3 helai daun pandan-simpulkan
garam


Basuh beras n amik santan. Sukat santan macam tanak nasi biasa ke dalam rice cooker. Masukkan halia hiris, daun pandan dan garam. Gaul rata dan tanak. Gemburkan nasi bila hampir masak perlahan2 dan tungu hingga betul2 masak.
 
Sambal Sotong

sotong di potong kecil-kecil
2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
10 tangkai lada kering
gula 
garam
asam jawa

 Blend bawang dan lada kering. Tumis dengan minyak yang banyak sehingga naik minyak. Tumis sekurang-kurangnya 30-40 minit. Masukkan gula, garam dan air asam jawa. Bila betul2 bahan tumis garing dan bau wangi, masukkan sotong. Biar mereneh hingga pekat (15-20minit). Boleh angkat dan hidang.
 
Bahan lain :
Ikan Bilis Goreng
Timun
telur rebus




siap dihidangkan untuk tapau ke sekolah...alang-alang anak menapau,,ziey tumpang la sekaki...tak payah fikir nak cari makanan untuk breakfast lagi bila sampai ofis..jimat gitu..
 


6 comments:

  1. Salam ..ada nasi lemak leee lama akk x buat..sdp tu sambal sotong...
    nak sepingan sotong lebih ye heheheh

    ReplyDelete
  2. wow..simple yer..tp nampak sedap.

    ReplyDelete
  3. terliur la plak bla tgk nasi lemak smbal sotoong ziey ni...sya mmg ska msk nasi lemak smbal sotong...tp skrg en hubby tgh berdiet..jadinya jrg la msk..mls nak kacau diet dia...huhuhuh

    ReplyDelete
  4. sheila :dah abis awal2 pg lg

    ReplyDelete
  5. dinie :mmg sedap boleh ler msk nasi lemak

    ReplyDelete
  6. Intan :hehehe,,ziey pun tgh berdiet anak punya pasal masak ler juga

    ReplyDelete