Wednesday, April 27, 2011

::KaRi IkaN::

Salam Petang...

Dah kenyang semua...lunch tadi macam mana...pasti mengenyangkan.....erm yummmm.....dah lama tak makan kari ikan...kari ikan ni kalau cicah dengan capati bestnye...nak-nak kari ikan mamak style,,,wow pasti sedap....


Kari ikan ni ziey masak simple-simple asal mulut boleh terima jadilah...maklum kalau petang balik kerja semua nak cepat,,bab kata orang kalau nak masak yang bersolek tu tunggu jumaat la...banyak masa free...kalau hari kerja begini...balik penat kira memadai jer lah untuk makan malam..




 Jom kita tengok resepi yang simple ini ziey ambil dari my resepitengok cara nya agak mudah jer...ziey apalagi mohon izin copi untuk di kongsi disini..thanks..

KARi IkaN

Bahan-bahan ( Untuk sekeluarga )

  • 5-6 ekor ikan kembung yang sudah dibersihkan
  • 1 labu bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 1 paket rempah kari ikan
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 1 mangkuk santan cair
  • Garam secukup rasa 
Cara
  • Tumbuk bawang besar dan bawang putih 
  • Bancuh rempah dengan sedikit air 
  • Panaskan minyak di dalam periuk 
  • Tumiskan daun kari 
  • Masukkan juga bahan yang telah ditumbuk. 
  • Biar sampai naik bau, baru masukkan rempah 
  • Masak sehingga rempah masak dan pecah minyak 
  • Masukkan ikan
  • Masukkan air asam jawa 
  • Masukkan santan 
  • Tambah air jika perlu 
  • Tambahkan garam secukup rasa 
  • Biarkan mendidih seketika dan siap untuk dihidangkan.

2 comments:

  1. wah sedapnya ziey ikan kari tu..dapat lak ikan segar kan..wahh amkan nasipanas2 gitu..hmmm

    ReplyDelete
  2. izah :betul tu mkn dgn nasi panas laju jer habis sepinggan..

    ReplyDelete