Sunday, April 10, 2011

~~Ayam Masak Merah~~

Salam...

AWal-awal petang ziey hidangkan ayam masak merah untuk makan malam nanti yer...sapa-sapa yang singgah jemput-jemput lah ambil seketol sorang hehehe,,jangan ambil lebih kan tuan rumah tak sempat nak dinner hehehe..


Anak-anak perempuan kat rumah kita suka sangat lauk ayam masak merah macam ni,,asal jangan terlebih pedas sudah..2 ketul sorang pun habis..

Ziey dah biasa masak ayam masak merah ni,,tapi kali ni ziey cuba resepi Alia ..Resepi ni alia kongsi kat http://www.myresipi.com/  

 

Ziey mohon izin CNP untuk kongsi kat blog ni yer...

Ayam Masak Merah
Dari : Alia

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • garam kunyit
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan kicap
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit air
  • 1cm halia
  • 3 sudu besar cili giling- boleh tambah kalau nak lagi pedas

Cara-cara

  1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Perapkan dengan garam kunyit selama 5 minit. Goreng dalam minyak penuh sehingga 2/3 masak.
  2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Ambik 2-3 sudu besar minyak goreng ayam tadi. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos, kicap, sedikit air dan ayam. Masak sehingga kuah pekat.
 Selamat mencuba...







2 comments:

  1. wah sedapnyaaaa..ni kalo makan ngan nasi lemak pun layan abis nih...siap jilat2 jari gitu..hehe

    ReplyDelete
  2. ha sue..ye la..suka dia jilat jari...nasi lemak ayam merah erm menyelerakan...

    ReplyDelete