Tuesday, April 19, 2011

((( Macaroni & CheeSe ))))

Salam Tengahari...

Dah hampir jam 1....lunch...lunch...erm bising jer bila time rehat padahal tak jam 1 pun dah kuar yer...hehe ziey dah lama tak kuar makan tengahari..  dah  biasa berbekal lah katakan..lagi pun sekarang ni panas sesangat nak kuar pun pikir berkali-kali...
 

  
Tengahari ni kita pekena heavy lunch sikit..hehehe..dah lama tak memasta...pagi tadi sempat ziey memasta...bahan-bahan sedia malam lagi sebelum tidur kalau tidak tak sempat punya...cuma bangun tadi bakar jer...panas-panas sedap sikit..

Resepi ni ziey skodeng kat dapur Kak Aidah sambil jejalan petang semalam,,,sedap jer nampak... mohon izin CNP yer kak... 

Resepi : Macaroni & Cheese
Sumber : Mamahawa ( KLIK SINI) & Ain (KLIK SINI)

1 paket (500 gram) macaroni spiral San Remo (atau boleh guna bentuk macaroni lain yang disukai)
220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti
400 gram daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang
5 tangkai cili padi thailand, dicincang - sy tak letak-ziey pun tak letak
2 - 3 helai bay leaves (kering)
sedikit rempah oregano
garam dan gula secukup rasa

1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut
500 - 600 ml susu segar
3 sudu besar tepung gandum

Cara-caranya

1. Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.

2. Untuk Sos Merah: Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi dan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.
3. Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.

5. Untuk Sos Cheese: Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.

6. Cara menyediakan Mac N Cheese: Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan. Dapat menyediakan 2 loyang 8 x 8 inci.

NOTA: Jika menggunakan sos spaghetti, anda boleh kecualikan penggunaan rempah oregano dan bay leaves.
 



 tengok tu kalau dah terlebih rajin..hehehe..masuk dalam acuan kecil..bukan apa nak mudah anak-anak bawa kesekolah..

 cukup la seisi keluarga...ziey bakar dalam aluminium foil sebab nak mudah bawa bekal hihii..


8 comments:

  1. amboi.. rajinnya ziey, pagi2 dah mmbaking macaroni & cheese... yummy!!

    ReplyDelete
  2. sari :ziey ni tiap2 pg b4 pg kerja mmg msk..anak2 suka bawa bekal,,ziey pun tumpang sekaki mls nk kuar ofis..

    ReplyDelete
  3. Salam ziey...

    Biru mata hitamku....he he lunch makan MacaroniCheese....nyum..nyum...sedapppp....

    ReplyDelete
  4. Salam zie...

    saya baru jer singgah sini..MacaroniCheese nampak cam sedap jer...Rajin betul pagi2 buat sarapan untuk famili...Isteri @ ibu cute tak pernah buat sarapan walaupun surirumah sepenuh masa hehehe..

    Nanti follow blog Isteri @ ibu cute yer...

    http://www.hairuliza-anakku.blogsport.com/

    ReplyDelete
  5. sedapnya nampak.. meh sini sikit..

    ReplyDelete
  6. cikcek :sekali dua kala boleh ler mkn macaroni ni,,cheese2 ni bahaya hehee

    ReplyDelete
  7. isteri ibu :memang kena masak pagi2,,anak2 cbuk dgn bekal..

    ReplyDelete
  8. sofya : nati z ata ke sana yer

    ReplyDelete