Tuesday, April 26, 2011

:::PudinG Roti Sos kastard::;

Salam Petang

Petang-petang begini sedap rasanya kalau dapat layan puding...ada rasa manis lemaknya...petang ni ziey sajikan puding roti sos kastad....sedapnye....ini bukan sebab nak clearkan stok roti...tapi tetiba terdetik nak makan puding roti +kuah kastard...

belum diletakkan sos kastard...

Hah tengok tu siap tambah pisang pula tu...ziey pernah makan puding yang ada pisang ni masa kerja kat ofis lama dulu...sedap pula rasanya..kebetulan kat dapur semalam ada lagi pisang berangan yang belum habis...saja-saja potong nak tambah perasa..


 

Resepi ni ziey CNP dari dapur Auntie Sue tapi sayang nye resepi kat blog dia tak boleh CNP...dengan rajinnya ziey taip semula....penat tangan kita hihi...biasa nak kerja senang kali ni jadi susah hehehee..


Puding Roti Sos Kastad

Bahan Puding Roti
5 keping roti
3/4 cawan susu cair
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
50 gram kismis -ziey letak badam
1 sudu mentega
sedikit pewarna

Cara ;

1. Potong kecil-kecil roti yang telah disapu mentega. Masukkan kedalam dulang pembakar.
2. Satukan telur,gula,esen,susu cair kacau hingga rata. -ziey blender semua bahan tu
3. Tuang bahan blender ke dalam dulang pembakar yang berisi roti tadi.
4. Taburkan kismis (badam) dan bakar dalam oven 150'c selama 30-45 minit.
5. Semasa bakar dalam 15 minit keluarkan sekejap untuk warnakan puding dan masuk oven semula bakar hingga masak.




 Bahan untuk sos kastard

2 cawan susu cair
2 sudu makan kastard
1 helai daun pandan
2 sudu besar gula

cara :
Satukan semua bahan dalam periuk masak di atas api sederhana. Kacau hingga kuah agak pekat (jgn terlalu pekat). Sejukkan dan sedia di hidangkan.


Sebelum makan ziey letak pisang yang dipotong kecil-kecil....saja nak tambah perasa..hehehe,,sedap...yummmmm






8 comments:

  1. Aik! dah siap menu untuk minum petang ke Ziey...kak cek masih kat opis lagi...he he...tgk2 gambo je jadila...;-)

    ReplyDelete
  2. cik cek :Hah express kan tu..belum balik ofis dah ada menu petang...saja nak bagi kak cek teliur..hehhee

    ReplyDelete
  3. izah :izah nak ker sekeping..nati pos ke ampang hehehe

    ReplyDelete
  4. salam kenal..
    wahhhh..meriahnya..sy paling suka bab makan2 ni..lebih2 lagi puding2..dok sorg2 tguk tv smbil2 tu mankan puding..besttt..

    ReplyDelete
  5. Nampak cam sedap je, harus mencuba gak nie, tp xtau bila berkesempatan :)

    TQ ye kak syer resipi nie :D

    ReplyDelete
  6. nyanyisunyi :salam kenal jua..aa puding2 ni memang menyelerakan..

    ReplyDelete
  7. myra JAy :cuba jgn tak cuba yer

    ReplyDelete