Tuesday, April 12, 2011

::SuPer MoisT EggLess ChocoLate CaKe::

Selamat Pagi...


Apa khabar semua...sihat yer..kejap jer hari ni dah selasa...bangun jer pagi badan rasa sakit jer..macam nak demam jer....adik Iman pula sakit mata...yang kakak 2 orang selesema...erm nampaknya satu rumah la sakit nanti..


Dalam keadaan letih pun malam tadi sempat ziey siapkan tempahan coklat...sambil-sambil tu ziey cuba buat kek yang tengah glamour sekarang "Super Moist Eggless Chocolate Cake"...sangat mudah dan cepat...tq kepada pemilik resepi asal Dayang...


Kek ni memang simple tanpa telur,,tanpa mixer,,bab kata kalau suruh anak dara kita kat rumah buat pun jadi lah...dah lah bila masak lembab semacam jer...

Resepi ni ziey mohon izin CNP kat dapur Naz 

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Sumber Resepi : Dayang Jack

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum [A]
  • 1 tsp baking powder [A]
  • 1/2 tsp soda bicarbonate [A]
  • 1/2 cawan serbuk koko [A]
  • 2 Tbsp susu tepung [B]
  • 1 cawan gula perang [B]
  • Secubit garam [B]
  • 1 1/4 cawan air sejuk dari peti ais [C]
  • 1 tsp asen vanilla [C]
  • 1/2 tsp coffee emulco atau chocolat emulco [C]
  • 1/2 cawan minyak jagung/ minyak sayuran [C]
  • 1 tsp jus lemon atau cuka [D]
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160 C dan sediakan bekas untuk membakar kek.
  2. Ayakkan bahan-bahan [A] masuk ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan bahan-bahan [B] dan gaul rata.
  4. Masukkan pula bahan [C] dan gaul dengan whisk hingga tiada ketulan.
  5. Masukkan bahan [D] dan kacau segera hingga sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas pilihan anda dan bakar pada suhu 160 C selama 30 - 40 minit bergantung kepada oven masing-masing.
  7. Sejukkan kek selepas dikeluarkan dari oven dan hias mengikut citarasa atau boleh dinikmati begitu sahaja.

ziey kacau gini jer...tapi memang moist la kek ni...

SElaMat MenCuba...
 




4 comments:

  1. biasa kita wat yg kukus...nanti boleh cuba yang bakar plak....

    ReplyDelete
  2. kak nazrah,,cuba lah mmg moist walau bakar pun

    ReplyDelete
  3. mudahnya cara nk buat, bahan pn x banyak, nk copy letak kt blog nk buat panduan boleh tak...

    ReplyDelete
  4. estee : copy ler..z pun copy juge yang mudah gini mmg sentiasa d cari..

    ReplyDelete